Husnul Khatimah adalah pengakhiran yang baik,
iaitu seorang hamba, sebelum meninggal,
ia diberi taufik dan hidayah untuk menjauhi semua
yang dapat menyebabkan kemurkaan Allah SWT.
Dia bertaubat dari dosa dan maksiat,
serta semangat melakukan ketaatan dan perbuatan-perbuatan baik,
hingga akhirnya dia meninggal dalam keadaan ini.
salah satu tanda mati yang baik:
Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya
berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
“Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat
melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”
Bolehkah kita membayangkan beratnya sakaratul maut?
sempitnya kubur dan cacing tanah yg akan menemani jasad selepas itu?
bersediakah kita jika kematian dalam waktu terdekat?
_sama-sama bermuhasabah diri dan perlengkapkan amalan untuk menghadapinya. .moga pengakhiran kita dalam Husnul Khotimah,ameen.
••moga Allah redha
*****************
repost kali ini sungguh buatkan diriku susah dan merasa takut.
belum cukup untuk ku pergi menghadap illahi
umat sekarang perlukan diriku berada ditengah-tengah mereka.
perlukan diriku agar aku bisa membawa mereka bersama,
namun
aku akui diriku jua punya kekhilaf nya
tiada yang baik disisiku
Perjalanan HIDUP nan indah kerana hiasi oleh diri sendiri,
SATU perkara buatkan diriku termotivi sendiri
ia adalah KEMATIAN.
MAKIN ku berfikir dan mengenal kematian,makin hampir dengannya,Aku tiada waktu untuk aku berfoya-foya,tiada waktu untuk aku berada dalam ketiduran,dan aku harap aku mampu berikan satu naskah buat umat,agar pahala itu mengalir ketika aku sudah tiada.
TAHUN ini sahaja aku dikejutkan,satu perpisahan,aku akui manusia bernama makhluk hanya pinjaman yang kekal hanya ALLAH.
SATU bulan yang lepas,aku dikejutkan oleh sahabt aku mengenai seorang rijal yang aku kenal di kampus aku.walaupun aku tidak mengetahui latar keluarga namun disebalik pencerita mereka,dia sungguh menjaga hubungan manusia dengan ALLAH dan juga peribadi dia kebaikan yang dia lakukan tanpa mahukan pemberian.
lalu kali ini hal yang sama, keluarga disebelah ayah ku meninggal,Aku memanggil dirinya panggilan pak ngah mat,selalu datang rumah,mau berjumpa dengan tok nek aku dan bawakan hadiah.Adakala selalu menegur juga kesalahan dan khilaf seseorang.
WARKAH INI aku berikan buat sahabat dan pak ngah mat.
Bismillah hirahman nirahim..
Pertama diriku sebagai aku sempat mengenali mu,aku berharap ALLAH tempatkan kalian bersama Rasulullah saw dan sahabat baginda serta orang mukmin.
Manusia barangkali selalu alpa dan leka,begitu jua diriku sedang terleka dengan kemewahan yang aku peroleh.Sering kali lupa apa yang paling dekat dengan ku.sering kali kelapaan bila aku dibuai dengan bisikan dunia.
ALLAH RABBI..
BETAPA jahil nya aku ini.
kebodohan menaungi diriku
terlalu banyak yang perlu aku tahu.
moga ALLAH berikan masa dan tubuh yang sihat,
dan kalian ALLAH pilih.KALIAN pergi disaat manusia yang retis disaat mereka yang lain terkejar-kejar dengan cintaan dunia namun ALLAH kasihi kalian,kalian pergi dibulan mulia.
suatu hari aku berharap agar aku jua seperti kalian,pergi bawakan satu tinggalan bermakna.
10:05 am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan