Terasa jauh merantau terasa rindu di halaman . Ku sedar bahawa selepas ini ku punya Tugas yang baru . tapi saat ini hati ku benar keliru . Jalan ku dengan Dia sebelum ku tiba di pangkuan keluarga
Menyedari ku berada di tahun satu , masih mentah . Tanpa ku sedari aku terasa aku mencintai Ilmu melebihi kouta yang lain , Biarlah disaat kawan-kawan ku yang seumur mempunyai teman sendiri , aku pula mempunyai teman yang akan temani ku iaitu Buku . Kuliah pertama ku bermula Mata pelajaran ku sememangnya menduga fikiran ku dan mahu dibungkus dan dikhatamkan secepatnya. Pensyarah ku orang yang aku menyangka seorang yang selalu senior ku beritahu tapi rupanya tidaklah seperti yang mereka katakan . Teramat peramah sehingga hubungan aku dengan nya seperti ibu dan anak . Aku melihat sekitar ku , Mereka adalah adik-adik seperjuangan ku .Umur tidak membebani seseorang , Ternyata dalam kuliah itu mereka tidak kekok berbual dengan ku .Ku tak menyangka perkara itu berlaku . Keseronokan itu kembali kan semangat ku.
Azah , Dia kuliah berbeza dengan ku Selepas dia menghantar ku di campus ku , Dia terus pergi Kuliah pengajian nya . Baik betul Azah . Dia bersemangat melihat ku bersemangat Kerana dia lah ku merasa diriku di cintai dan berhak mencintai . Sebagai seorang sahabat .
Ku menjadi gelisah , Pertama kali ku berganding dalam satu kumpulan bersama Muslimin tapi mereka itu kan adik-adik sahaja.Kerisauan ku direda dengan ke hadiran seseorang. Dia bernama Afifah . Ku berkenalan dengan nya . Latar belakang nya membuat ku terpesona . Keluarga sakinah wa rahmah . Ibu dan ayah nya menitik berat pergaulan antara lelaki dan perempuan begitu juga ketika berada di alam kampus .
“kak haura .jikalau boleh biarlah habis belajar dulu , tak nak nikah awal .Terasa ilmu ni tak cukup lagi .” luah nya pada ku .
Ku terdiam . Teringat kisah Qani`ah dalam Buku Cinta high class ,Penulis Buku Best Seller PEMILIK CINTA KU SELEPAS ALLAH DAN RASUL , Karya Fatimah Syarha Binti Mohd Nordin . Nikah itu perkara yang utama tapi Ilmu itu juga Penting .
Bagaimana hendak jadikan Rumahtangga itu seperti Apa yang di hendak ?? . Perkara itu mengetuk pintu hati ku dan fikiran ku sendiri. Terasa afifah lebih Cepat mengetahui daripada diriku sendiri . Berasa keldil meskipun sudah bergelar pelajar tapi perkara sekecil itu tak mampu ku lalui . Semua berlalu ketika mana ku mengenal susuk Tubuh sesorang . Terasa kalam nya mengertak diri ku dari lena . Terasa di buai mimpi yang indah , pada pertemuan itu . Benar kata-kata nya , ku jugak jikalau boleh biar semua nya sudah bersedia . Perjuangan harus di selesai kan .Biar ummi dan abah ku melihat kejayaan ku .
“Pepatah arab ada mengatakan Al –waktu ka saif ( waktu itu seperti pedang ) .” Jika kita tak kejar dia , dia akan meninggalkan kita .
Sesuai sungguh Pepatah arab untukku dan azah . Biar lah susah dulu sebelum senang . Orang yang senang dia tak tahu apa itu Susah . Biarlah jiwa ini menahan apa yang mahu , Biarlah ….
Hati ku kembali tenang . perbualan ku dengan nya terhenti .ketika mana Pensyarah ku melangkah masuk .
“Assalamualikum . khaifa lu kum ?? Pensyarah itu mulakan kalam Nya . Dia berkongsi detik yang di tunggu oleh semua pelajar . Terasa terhibur . Minggu pertama suai kenal dengan pensyarah . Sperti waktu persekolahan dulu ,Cuma yang membezanya pelajar hanya beri kan nama di atas kertas sambil menunggu masa di panggil . Sebelum itu pelajar sudah di beritahu nama kumpulan .
Ku berada dalam kumpulan Pejuang jihad . Nampak seperti ingin berjuang .Aku terus ketawa , Rupa nya bukan ku sahaja yang menyedari Nama itu bahkan satu kumpulan ku . Aku semakin rapat dengan mereka .Jelaslah mereka datang ke sini hanya menuntut Ilmu .
Sabda nabi saw “ Tuntulah ilmu sehingga ke negeri China .” Betapa penting nya ilmu dari mencari cinta yang palsu itu . Jikalau mahu sesuatu.. kuat kan hati dan terus perjuangan .
Imam syafie menjelaskan lagi perihal menuntut ilmu “ -Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang –orang yang melakukan maksiat – ” . Kata ustaz Pahrol joui satu segmen ikimfm “ ilmu itu cahaya .” Dan ku harus menjagainya
Afifah juga turut bersama ku , Dia teruja .Tapi di raut wajahnya nan merah padam ,menahan malu yang teramat sangat . Iris mata nya hanya melihat di bawah , Ku menoleh ke hadapan melihat Pelajar muslimin bertentang mata dengan ku dan afifah , Mungkin pelik melihat telatah afifah . Afifah memegang tangan ku dengan kuat , Dia mengejik mata beri isyarat pada ku . Ku menangguk . Hatinya terus berbunga . ku tidak mempercayai apa yang terjadi pada diriku sendiri.Aku telah dekat dengan mereka. Seusai slot pertama ku, ku dengan nya beredar , Aku dengan nya seiringan menuju café college dan menuju ke perpustakaan .Meminjam beberapa buah kitab , setelah selesai pinjaman buku .Aku membawa tiga kitab ,Tebal 200 sehingga 300 . Dua buah lagi Afifah tolong bawa kan . Aku dengannya hendak buatkan satu group study smart ,sperti zaman sekolah dulu . Biar Kita susah asalkan jangan biarkan mereka susah . Dua buah lagi kitab perkongsian , antara Group ku .
Buat Teman
Tak terasa bila dia pergi
tapi sayu bila dia tak kembali
.MencariNyaengan hati suci lebih indah
miliki tapiak menghargai .
Dia datang tanpa seruan
dia pergi tanpa alas an sebelum
hilang da
Perjalanan sebelum mencari ilmu dan Cinta
tapi sayu bila dia tak kembali
.MencariNyaengan hati suci lebih indah
miliki tapiak menghargai .
Dia datang tanpa seruan
dia pergi tanpa alas an sebelum
hilang da
Perjalanan sebelum mencari ilmu dan Cinta
Hidup bukan secerah selalu.
Tak mungkin IA seperti angan-angan dalam cerita novel
Yang hanya perakhiran nya sahaja indah.
Hidup tak selalu berpelangi .
Matahari tidak selalu terang cahaya nya apabila bulan menjelma.
Sekarang hidup ku terisi …
Dalam laungan Cinta Illahi . Cinta akan melebihi cinta yang lain , Cinta dalam pejuangan meraih cinta illahi , InsyaALLAH
Tuhan berikan ku Peluang
Mengagahi menyusuri jalan hidup
Yang cuba mencari ilmu .
Aku mengimbau kembali. Abi dan umi menghantar ku di tempat pengajian ,seolah baharu menerima suasana baru . Mengenal dunia mahasiswa yang sangat unik dan aku menjadi ganjil apabila aku diberi Amanah untuk ummah ,
"Seandainya wang boleh membeli masa, nescaya aku akan membeli masa manusia yang mensia-siakannya.
Sebelum Aku ke Mari .
Baiti Habibi wa Ummi (Rumah ayah ku dan ibu
Tok wan .”Seru abi ketika ku
siap kan bagasi hitam yang baru sahaja ku beli . Aku mengiyakan . Berpakaian menutup aurat , tak perlu makeup .Cara moden hari ini , bersilang tudung biru dan berjubah seluar . Menunjuk islam itu syumul dan tidak menyusahkan .
Bersiap sedia bergerak ke arah Van dan Kereta milik Pak su ku bergerak dahulu .Ada diantara adik ku mereka naiki sama-sama dan yang lain mereka naik bersamaku . Abi menjadi drebar hari itu . dengan berkemeja biru di temani Ummi berpakaian Biru laut .Pasang an yang cocok sekali . Tanpa menoleh ke belakang .Ku naiki melangkah kaki kanan dan Van itu Memucut keluar dari halaman .Selamat Tinggal kampung Ku .
Perjalanan menuju Ke kota yang sibuk Itu .Membuat ku mengeluh setiap kali berhenti di Perhentian (Tempat Rehat ) . Dalam perjalanan ku . Adik kecil ku mengikut sekali . Dia sememang begitu suka berada di damping .
“Dik , gantuk tak ??.” ku menanya kearah dia yang khusyuk melihat metafora .Dia mengeleng kepala .
“Dah siap semua borang ke ?? Abi menyoal kepada ku . Ku menangguk sahaja . Sambil di tangan menaip sesuatu menghantar sms.
Salam sahabat ..ana sekarang dalam perjalanan pergi kuala lumpur Doakan keselamatan ana ya ….
Sms itu cepat ku hantar kepada sahabat ku di insaniah . Pasti dia marah kepada ku . Dahulu ku berjanji bahawa ku mahu belajar satu kolej dengan Dia .Sekarang apa yang ku buat kan .
Setiap apa yang kita lakukan hanya ikhtiar dan yang menentutkan nya hanya ALLAH . Aku beriya-iya mahu belajar disana kebetulan keluarga sebelah abi ku tinggal di sana. Justeru ku memilih Universiti islam sebagai tempat singgahan ku. Aku bersitikharah dan wajah-wajah yang ku tak pernah kenal dan ku lakukan sekali lagi hasil nya adalah sama .
“Wasalam …Semoga perjalanan itu selamat . Kasihan si Dia yang tertunggu –tungggu. Huhu.” Aku tersenyum .Masih ada waktu dia mengusik ku dengan kata-katanya. Masih sempat ku bertemu dengan Nya .
SAHABAT
Percaya bahawa saat ini ku perlukan
Pelukan dari seorang sahabat
Ku mengerti bahawa ALLAH
Telah ciptakan untuk ku APA yang terbaik Semoga Kita bersua.InsyaALLAH
Uhibukifillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan