Followers

Y
“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” ― Hlovate, Contengan Jalanan
Memaparkan catatan dengan label Novel Haura Az-zinirrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel Haura Az-zinirrah. Papar semua catatan

10.1.15

Bab 4

Bab 1
  Malam itu terlalu gelap dan tiada cahaya memantul ,Fikiran ku kusut dan berharap sinaran esok menjelma . Hati ku pula kerungsingan memikir satu permasalah . sambil tangan ku menaip sesuatu dihandphone ku  dan mesej ku dihantar untuk seseorang yang aku sangat  merindui nya dan menyayanginya
“salam ibu.
Arisa teringat kan wajah ibu.sangat –sangat rindu
Arisa teringat kata-kata dari ibu .”

Sms tu langsung ku hantar , kemudian  pulang dari program ku .aku terus menarik gebar dihadapan ku dan menutup seluruh badan ku .
“arisa!.”
kedengaran suara dari luar pintu , kakak senior ku , kak jibah aku memanggil nama panggilan nya buat pertama kali aku melangkah kaki ku ke teratak ini
“ye kak jibah ..” nak rehat kejap , boleh tak ? .”
suara ku kedengaran dan ada sahutan dari kakak senior yang lain ,

“apa ni malam-malam  bising dah ? .”  kak nony  menyambung , mungkin juga kak nony tengah mengulangkaji madah  untuk esok harinya . Ukhti nony kuat orang nya . Tabah dalam segala ujian .  Mungkin kerana dia lahir dalam keluarga yang bersederhana.

 “ yelah ,..bising tau .” kakak aiman mencela .
aku  bangun dan mengeliat badan-badan merenggang otot-otot dan sendi tulang  menuju ruang dapur berhampiran bilik kak senior aku .kak nony keluar dan bertengek di hadapan pintu bilik air .
“dah bangun wahai puteri arisa .” aku menguap dan tangan  kak nony dengan pantas menutup mulut ku .
“kak nony ..sayang terima kasih .”mengenjit mata sedikit dan kakak nony tergelak .
“sama-sama adik arisa ..”  di teratak ini aku memanggil nama mereka dengan panggilan yang terbaik biar ukhuwah itu berpanjangan. aku menyayangi mereka seperti aku menyayangi diriku sendiri . Entah ku rasa seperti berada di kalangan bidadari syurga ketika memasuki teratak ini .Patutlah ia dinamakan “teratak saadah hasanah”  kerna itu jua  aku terasa bahang  ukuwah itu menjalar dalam darah ku .

“er , pergi  mandi ..busuk .” arah kak jibah sebagai amirah dalam rumah ku . kak jibah keluarkan tisu dan tutupi hidung nya sendiri . ” Err, apa nie ? . Busuk ke ana nie akak ?”
“ Yup.
“Ah !” sudah dia main sastera pulak .”
Kak aiman menyambuk. Tercetus hela tawa antara aku dan mereka.
Malam itu aku seperti mahu mencari sesuatu dialam maya .lantas  tangan ku dengan pantas menekan punat laptop dan terpampan satu laman  yahoo  di skrin laptop acer .
 Dengan secara tidak sengaja .seorang yang aku amat mencontohi nya sebagai seorang penyeru    dan juga sebagai naqibah bulatan kecil ku ketika berada luar dari tempat pengajian . langsung tu manusia bernama Kakak marlisa tertera namanya di yahoo.
Kak Naqibah: Salam dik arisa
Arisa91: wasalammualaikum …yer kak marlisa
               Sihat ke?
Kak Naqibah: Sihat, alhamdulilah ala ku li hal,   ada apa –apa ke?
Arisa91: ana rindu sangat ukhuwah antara akak dan ana.
Kak Naqibah : yeke…ada seseorang yang kirim salam dekat anti
hatiku semakin rencak menari dan terasa dentungan di dada kian berkocak , mungkin tertanya siapa orang itu , aku membuzz kembali
Arisa91: erhm…sapa kak ?
Kak naqibah : mama mashitah .
dengan serta merta hati ku berkocak  dengan kuat . Terasa hampir tercabut jantung ku .
mama mashitah , nama itu sering aku mengingati .dia ialah ibu angkat ku ketika aku berada dalam program anak angkat diuniversiti .
Arisa91 : ya ALLAH dah lama tak jenguk rumah mama kan
Kak naqibah ; ye enti sekarang buzy kan , takpe lah akak kirimkan  salam adik kepada mama ya , akak nak out ni ,

 aku kembali sign-out account yahoo  ku dan menutup laptop aku , malam itu aku tidur dengan keringat airmata kerna rindukan ibunda yang tercinta .
Yang jelas hidup ku kini bergantung atas tanggungan dari kakak senior ku, terasa serba salah hati, tak kurang tu aku secara mendadak dengan tiba-tiba aku memarahi mereka tiada sebab aku melenting. Mungkin juga iblis menganggu ku . Dengan serta merta aku berpaling dan memeluk tubuh seseorang dihadapan ku .

Kak ibtisam!”

“Ye ..jangan putus asa , ALLAH sentiasa bersama .” pujuk kak ibtisam  meredakan .entah apa gangguan yang menganggu aku selepas aku pulang dari  universiti . malam itu sahabat ku menemani ku  sehingga pagi menjelma. .

SORE PAGI . RUMAH SEWA TERATAK SAADAH HASANAH .
“Selamat pagi , sobahunnur .”  sapa sahabat ku Toyyibah, sekuliah dengan ku .
dah sihat ke putri ? , selagi lagi dia berseloroh . aku  bangun memgibas tempat tidur ku dan tersengih melihat telatah dia .

“kenapa buat muka macam tu  tak cantik lah , nanti tak ada orang  suka tau .” dia mengarah kearah ku .
“biarlah tak ada orang pun .” ku mencubit bahu kanan nya .Dia terjerit sedikit tidak pun dia menutup mulutnya takut kakak senior mendengar . dia tempat ku luahkan rasa kekadang jika aku dilanda masalah dialah yang membantu dan sebaliknya jika dia didatangi masalah ku cuba menyelesaikan . begitu kuat ukhuwah aku dengan nya . tanpa kusedari airmata ku membasahi pipiku . sapu tangan berwarna biru laut aku mengilap pipiku tanpa disedarinya .

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Tunjang ukhuwah menuju cinta kepada ILLAHI , ku memegangnya sebagai azimat untuk ku .
pagi itu dengan hati berbunga aku meyelami wajah mereka dengan ketenangan dan tak mungkin aku cuba  merosakan pagi yang indah itu . aku memeluk tubuh akak jibah , hana , aiman dan sahabat ku Toyyibah .

“kenapa lah dengan puteri ini ?.” panggilan manja kepada ku ..renungan mata dari kak jibah terasa gerun . ada seni usikan dari kata-kata kakak jibah , Toyyibah terus angkat kening .

“tiada apa –apa , kak jibah  .” pagi ini ana nak manja dengan akak senior takut tak sempat pulak .

“hey.”
kak hana ,dari tadi berdiam sepi tiba-tiba menegur minda ku .
“awak ada masalah ke ? .”Tanya kak hana , walaupun dia bukan jurusan agama namun aku menghormati dia sebagai kak yang paling tua dalam teratak ini . Kakak hana umur lebih tua dua tahun dari aku , berwatak simple dan mudah berbicara . Pada diriku seorang adik diantara kakak serumah ku kakak hana sangat lah terbuka apabila soal jodoh dan cinta tetapi jika soalan lain , kakak hana terus lari dari tempat asal . walaupun kakak hana seorang begitu dia masih menjaga tata seorang muslimah . Pakaiannya menutup aurat dan pergaulan sangat-sangat diteliti.
“Tak adalah , pagi-pagi macamnie terasa pulak nak usik mengusik Akak semua …hahahah ”  kak hana yang masih bersuapkan nasi lemak yang ku baru membelinya tadi tersembur makanan nya .
“Tak ada ? pelik ? .orang yang tak ada masalah ini selalunya tempat dia di tanjung dawai tau .” kakak hana sememangnya seorang yang bersahaja .Gelak tawa diikuti kakak –kakak lain .
“mana toyyibah ” aku soal pada kakak aiman .
Geram dengan kakak serumah terus makan laju-laju. Mereka masih ketawa kan aku lagi .
“arisa cepat makan , nanti terlambat pulak .” arah kak jibah .aku dengan tergopoh gapah menghabiskan sisa-sisa makan tu . ku melerik jam ditangan ku ternyata  jam ku menunjukkan sudah terlewat untuk sesi kuliah pertama ku . “ya ALLAH ..toyyibah cepat –cepat , kita dah terlambat dah .”

aku menjerit memanggil toyyibah dari bilik ku .“ana dah keluar ni .” toyyibah menyahut panggilan ku  . bergema rumah sewa ku dengan gelak tawa dari kakak senior ku ”tulah , tadi dok sembang sakan , la ni baru kalut .” kakak aiman berseloroh . aku mencebik muka kearahnya .
Dengan berhati-hati ku membawa kereta viva ku dengan cermat kerna disebelah ku adalah sahabatku sebagai matahari . Menunjuk arah kepada ku . Agar aku tidak tersungkur .
Tiba disimpang kanan kereta ku pandu terus membelok ke banggunan fakulty sahabat ku dan memecut ke luar  menuju parking kereta  , tempat pertama singgahan ku makmal perubatan dan klinik Doctor Amirah Baharuddin  dan ku menunggu di bilik penunggu . seorang wanita berpakaian serba putih dan bercermin mata tanpa bingkai , dia perlawa ku memasuki , aku melangkah masuk dan berhadapannya .hanya dia sahaja yang tahu rahsia ini .

“Maaf bagi kamu tunggu.” doctor muda itu meletak cermin mata nya diatas meja dan mata nya bertembung dengan ku.
Aku hanya tersenyum sahaja .


“baiklah, mari kita mulakan memandang kamu lepas ini ada kuliyyah kan .” ku hanya mengangguk sahaja. Selesai pemeriksa, doctor tu memberi ku satu fail berisi maklumat tentang penyakit ku . 

18.11.14

Haura Az-zinirrah Bab 3

Siapakah ALLAH di HATI ku wahai Sahabat, Tak kala Sahabat menyebut-yebut Nama dia di gegendang telinga ku. Ku masih percaya Bahawa Jodoh Itu Dimana sahaja .Dan ku sentiasa percaya Kan Redha ALLAH.
----------------------------------

Sedar selepas itu , Kereta Paksu  ku berhenti dan beri isyarat  untuk solat Zohor   di Surau Perhentian Rehat . Aku menuruti langkah ummi dan adik ku , bersebelahan dengan mereka dan pegangan erat disisi adik kecil ku  , Ternyata aku makin dewasa dan aku masih lagi menjadi anak manja,Datang belajar ditemani seolah tidak mampu bergerak sendiri . Selesai solat berjamaah bersama keluarga , kereta milik abah bergerak keluar menuju jalan raya yang penuh dengan kesesakan lalu lintas , Hati masih rasa kegelisahan. Layakkah aku memilik cinta Nya ,sedangkan aku belum pernah mencintai Dia ?
Hatiku untuk  siapa ?

------------------------
Dua jam setelah itu , Abah gerakkan aku dan adik ku bangun , aku sudah sampai dihadapan banggunan megah . Diatas itu tertulis Universiti INSANIAH . Disitu ku mula mengenali ukhuwah dan tarbiyah . 

Daripada: Dr Khalil Ismail Elyas

Kolej Universiti Insaniah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga Allah menjadikan kamu wanita yang alim dan pendidik yang solehah.
 Lelaki seorang, tetapi wanita ummah... 
Kerana dialah yang melahirkan lelaki...
 Dialah isteri, dan dialah ibu, dan dialah anak perempuan...
 Kamu adalah pengasas masyarakat,
 kamu pengasas segalanya... 

Jagalah dirimu sebaiknya, dan janganlah kamu menghina dirimu sendiri dengan perbuatanmu..
. Dan jangan jadikan hidup kamu, hanya semata-mata hidup untuk makan, untuk masak, untuk minum... 
Hidup kamu lebih besar (dari itu), hidup kamu untuk mendidik generasi..
. Menghasilkan para ulamak... Tanggungjawab kamu (adalah tanggungjawab yang) agung, bukan sekadar memasak, atau membuat pakaian, atau menjahit, atau juga membersihkan rumah... Kamu mampy melahirkan generasi alim yang akan menyelamatkan ummah... 
Sekarang,

 ganjaranku berada di sini semuanya untuk ibuku,
 untuk isteriku kerana dia melepaskanku di sini dengan sabar
, untuk anak perempuanku kerana sanggup berjauhan dengan ayahnya kerana agama, jadilah seperti itu... 

Hidup kerana Allah dan mati kerana Allah..
. "Katakanlah solatku, dan ibadatku, dan hidupku, dan matiku hanya kerana Allah tuhan pencipta alam..." Kita hidup kerana Allah, dan mati untuk Allah...
 Janganlah kamu membazirkan masa dan umur... 
Dengan perkara-perkara yang penuh kebencian, hasad dengki, umpat-mengumpat dan menyebarkan kata-kata... Yang menjadi kebiasaan orang perempuan...
 Jangan... 

Jadikanlah urusanmu kerana Allah,
 dan belajar kerana Allah, 
dan mengajarlah kerana Allah...
 Dan berbanggalah kerana sesungguhnya Allah menjadikan ia sebagai satu sebab kamu berjihad di jalan Allah...  
Ketika mana kamu menolong dan berkhidmat untuk agamamu,
 inilah jihadmu... 

Kerana wanita ketika zaman Nabi S.A.W.
 ingin keluar untuk berjihad...
 Maka Nabi S.A.W. berkata kepada : "Jihad kamu ialah pergi menunaikan haji".... 
Dan zaman sekarang,
 jihad kamu bukan pergi haji sahaja...
 Jihad kamu juga adalah memberi tarbiah yang baik dan berkhidmat untuk agama Islam ini.
 Semoga Allah memberkati kamu semua... الله الله الله



Cint itu adalah perasaan yang tidak ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah nyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah  embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh ksuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji/. 


Haura Az-zinirrah Bab 2 Cinta dalam pelajaran


Terasa jauh merantau terasa rindu di halaman . Ku sedar bahawa selepas ini ku punya Tugas yang baru . tapi  saat ini  hati ku benar keliru . Jalan ku dengan Dia sebelum ku tiba di pangkuan keluarga


Menyedari ku berada di tahun satu , masih mentah . Tanpa ku sedari aku terasa aku mencintai Ilmu melebihi kouta yang lain , Biarlah disaat kawan-kawan ku yang seumur mempunyai teman sendiri , aku  pula mempunyai teman yang akan temani ku iaitu Buku . Kuliah pertama ku bermula Mata pelajaran ku sememangnya menduga fikiran ku dan mahu dibungkus dan dikhatamkan secepatnya. Pensyarah ku orang yang aku menyangka seorang yang selalu senior ku beritahu tapi rupanya tidaklah seperti yang mereka katakan . Teramat peramah sehingga hubungan aku dengan nya seperti ibu dan anak . Aku melihat sekitar ku , Mereka adalah adik-adik seperjuangan ku .Umur tidak membebani seseorang , Ternyata dalam kuliah itu mereka tidak kekok berbual dengan ku .Ku tak menyangka perkara itu berlaku . Keseronokan itu kembali kan semangat ku.

Azah , Dia kuliah berbeza dengan ku Selepas dia menghantar ku di campus  ku , Dia terus pergi Kuliah pengajian nya . Baik betul Azah . Dia bersemangat melihat ku bersemangat Kerana dia lah ku merasa diriku di cintai dan berhak mencintai . Sebagai seorang sahabat .


Ku menjadi gelisah , Pertama kali ku berganding dalam satu kumpulan  bersama Muslimin tapi mereka itu kan adik-adik sahaja.Kerisauan ku direda dengan ke hadiran seseorang. Dia bernama Afifah . Ku berkenalan dengan nya . Latar belakang nya membuat ku terpesona . Keluarga sakinah wa rahmah . Ibu dan ayah nya menitik berat pergaulan antara lelaki dan perempuan begitu juga ketika berada di alam kampus .


“kak haura .jikalau boleh biarlah habis belajar dulu , tak nak nikah awal .Terasa ilmu ni tak cukup lagi .” luah nya pada ku .

Ku terdiam . Teringat kisah Qani`ah dalam Buku Cinta high class ,Penulis Buku Best Seller PEMILIK CINTA KU SELEPAS ALLAH DAN RASUL , Karya Fatimah Syarha Binti Mohd Nordin .  Nikah itu perkara yang utama tapi Ilmu itu juga Penting .

Bagaimana hendak jadikan Rumahtangga itu seperti Apa yang di hendak ?? . Perkara itu mengetuk pintu hati ku dan fikiran ku sendiri. Terasa afifah  lebih Cepat mengetahui daripada diriku sendiri  . Berasa keldil meskipun sudah bergelar pelajar tapi perkara sekecil itu tak mampu ku lalui . Semua berlalu ketika mana ku mengenal susuk Tubuh sesorang . Terasa kalam nya mengertak diri ku dari lena . Terasa di buai mimpi yang indah , pada pertemuan itu . Benar kata-kata nya , ku jugak jikalau boleh biar semua nya sudah bersedia . Perjuangan harus di selesai kan .Biar ummi dan abah ku melihat kejayaan ku .

 “Pepatah arab ada mengatakan Al –waktu ka saif ( waktu itu seperti pedang ) .” Jika kita tak kejar dia , dia akan meninggalkan kita .

Sesuai sungguh Pepatah arab untukku dan azah . Biar lah susah dulu sebelum senang . Orang yang senang dia tak tahu apa itu Susah . Biarlah jiwa ini menahan apa yang mahu , Biarlah ….

Hati ku kembali tenang . perbualan ku dengan nya terhenti .ketika mana Pensyarah ku melangkah masuk .

“Assalamualikum . khaifa lu kum ?? Pensyarah itu mulakan kalam Nya . Dia berkongsi detik yang di tunggu oleh semua pelajar . Terasa terhibur . Minggu pertama suai kenal dengan pensyarah . Sperti waktu persekolahan dulu ,Cuma yang membezanya pelajar hanya beri kan nama di atas kertas sambil menunggu masa di panggil . Sebelum itu pelajar sudah di beritahu nama kumpulan .

Ku berada dalam kumpulan Pejuang jihad . Nampak seperti ingin berjuang .Aku terus ketawa , Rupa nya bukan ku sahaja yang menyedari Nama itu bahkan satu kumpulan ku . Aku semakin rapat dengan mereka .Jelaslah mereka datang ke sini hanya menuntut Ilmu .

Sabda nabi saw “ Tuntulah ilmu sehingga ke negeri China .”  Betapa penting nya ilmu dari mencari cinta yang palsu itu . Jikalau mahu sesuatu.. kuat kan hati dan terus perjuangan .

Imam syafie menjelaskan lagi perihal menuntut ilmu “ -Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu tidak akan menyimbah di hati orang –orang yang melakukan maksiat – ” . Kata ustaz Pahrol joui satu segmen ikimfm “ ilmu itu cahaya .” Dan ku harus menjagainya

Afifah juga turut bersama ku , Dia teruja .Tapi di raut wajahnya nan merah padam ,menahan malu  yang teramat sangat . Iris mata nya hanya melihat di bawah , Ku menoleh ke hadapan melihat Pelajar muslimin bertentang mata dengan ku dan afifah , Mungkin pelik melihat telatah afifah . Afifah memegang tangan ku dengan kuat , Dia mengejik mata beri isyarat pada ku . Ku menangguk . Hatinya terus berbunga . ku tidak mempercayai apa yang terjadi pada diriku sendiri.Aku telah dekat dengan mereka. Seusai slot pertama ku, ku dengan nya beredar , Aku dengan nya seiringan menuju café college dan menuju ke perpustakaan .Meminjam beberapa buah kitab , setelah selesai pinjaman buku .Aku membawa tiga kitab ,Tebal 200 sehingga 300 . Dua buah lagi Afifah tolong bawa kan . Aku dengannya hendak buatkan satu group study smart ,sperti zaman sekolah dulu . Biar Kita susah asalkan jangan biarkan mereka susah . Dua buah lagi kitab perkongsian , antara Group ku .


Buat Teman
Tak terasa bila dia pergi
 tapi sayu bila dia tak kembali 
.MencariNyaengan hati suci lebih indah
 miliki tapiak menghargai .
 Dia datang tanpa seruan
 dia pergi tanpa alas an sebelum
 hilang da

Perjalanan sebelum mencari ilmu dan Cinta
Hidup bukan secerah selalu.
Tak mungkin IA seperti angan-angan dalam cerita novel
Yang hanya perakhiran nya sahaja indah.
Hidup tak selalu berpelangi .
 Matahari tidak selalu terang cahaya nya apabila bulan menjelma. 
Sekarang hidup ku terisi …
Dalam laungan Cinta Illahi . Cinta akan melebihi cinta yang lain , Cinta dalam pejuangan meraih cinta illahi , InsyaALLAH
Tuhan berikan ku Peluang
Mengagahi menyusuri jalan hidup
Yang cuba mencari ilmu .


Aku mengimbau kembali. Abi dan umi menghantar ku  di tempat pengajian ,seolah baharu menerima suasana baru . Mengenal dunia mahasiswa yang sangat unik dan aku menjadi ganjil apabila aku diberi Amanah untuk  ummah ,


"Seandainya wang boleh membeli masa, nescaya aku akan membeli masa manusia yang mensia-siakannya.

Sebelum Aku ke Mari .
Baiti Habibi wa Ummi (Rumah ayah ku dan ibu

Tok wan .”Seru abi  ketika ku

 siap kan bagasi hitam yang baru sahaja ku beli . Aku mengiyakan . Berpakaian menutup aurat , tak perlu makeup .Cara moden hari ini , bersilang tudung biru dan berjubah seluar . Menunjuk islam itu syumul dan tidak menyusahkan .


Bersiap sedia bergerak ke arah Van  dan Kereta milik Pak su ku  bergerak dahulu .Ada diantara adik ku mereka naiki sama-sama dan yang lain mereka naik bersamaku .  Abi menjadi drebar hari itu . dengan berkemeja biru di temani Ummi berpakaian Biru laut .Pasang an yang cocok sekali . Tanpa menoleh ke belakang .Ku naiki melangkah kaki kanan  dan Van itu Memucut  keluar dari halaman .Selamat Tinggal kampung Ku .

Perjalanan menuju Ke kota yang sibuk Itu .Membuat ku mengeluh setiap kali berhenti di Perhentian (Tempat Rehat ) . Dalam perjalanan ku . Adik kecil ku mengikut sekali . Dia sememang begitu suka berada di damping .

“Dik , gantuk tak ??.” ku menanya kearah dia yang khusyuk melihat metafora .Dia mengeleng kepala .


“Dah siap semua borang ke ?? Abi menyoal kepada ku . Ku menangguk sahaja . Sambil di tangan menaip sesuatu menghantar sms.
  Salam sahabat ..ana sekarang dalam perjalanan pergi kuala lumpur Doakan keselamatan ana ya ….


Sms itu cepat ku hantar kepada sahabat ku di insaniah . Pasti dia marah kepada ku . Dahulu ku berjanji bahawa ku mahu belajar satu kolej dengan Dia .Sekarang apa yang ku buat kan .


Setiap apa yang kita lakukan hanya ikhtiar dan yang menentutkan nya hanya ALLAH . Aku beriya-iya mahu belajar disana kebetulan keluarga sebelah abi  ku tinggal di sana. Justeru ku memilih Universiti islam   sebagai tempat singgahan ku. Aku bersitikharah dan  wajah-wajah yang ku tak pernah kenal dan ku lakukan sekali lagi hasil nya adalah sama .


“Wasalam …Semoga perjalanan itu selamat . Kasihan si Dia yang tertunggu –tungggu. Huhu.” Aku tersenyum .Masih ada waktu dia mengusik ku dengan kata-katanya. Masih sempat ku bertemu dengan Nya .


SAHABAT
Percaya bahawa saat ini ku perlukan
Pelukan dari seorang sahabat
Ku mengerti bahawa ALLAH
Telah ciptakan untuk ku APA yang terbaik Semoga Kita bersua.InsyaALLAH

Uhibukifillah






Haura Az-zinirrah -Bab 1

Jam berdetik henti 3.40 pagi ,suasana tenang menyengah terasa rindu mula menerpa , mengapa ku terlalu lemah ?? Aku bangun dan  bilik senior ku belum menyala lagi , kemudian ku melihat azah belum terjaga . Mahu gerak badan nya tapi kesian , terdetik dihati membiarkan dia tidur . Aku mengambil air mineral berhadapan ku dan menyuap ke mulut ku . setelah itu aku mengulangkaji buku-buku diatas meja belajar ku . Kemudian ku terlelap .


Sesuatu yang menyedarku dari tidur , ku lihat wajah azah dihadapan ku, dia tersenyum .
“ akak , mau tidur di katil , jom siap-siap .” azah mengarah ku ,Dia lihat ku sperti baru sahaja terkena kenjatan elektrik .
Pukul berapa ?? aku menanya soal Waktu .sedangkan ku mengagak pukul berapa .
“ Dah 6.55 . jawapnya bersahaja .


Eh betul ke? Iris mata seolah bulat. Dia melihat ku tergopah mengambil buku dan memasukkan kedalam beg galas. Azah ketawa terbahak-bahak sehingga tidak sedar kakak jibah berada disebelah, Tersengih azah melihat kakak jibah mencebik. Azah minta keluar dari bilik tidur. Pada kakak jibah disisinya ada satu bungkusan hadiah berwarna pink coklat.

“Haura tak nak mandi ke? Baru lagi 5.45. Kakak jibah tegur, terasa mahu sahaja mencubit pipinya . Merah dipipi ku .Pagi-pagi sudah menyakatku .Aku terdengar gelak tawa nya di dapur , pasti azah memberitahu pada kakak yang lain .Aku mengambil Tuala hello kitty dan beberapa peralatan mandi yang lain menuju ke Bilik mandi . Setelah selesai, ku terus menuju kamar ku dan menyiapkan pakaian ku . Pagi itu ku menyarung pakaian baru yang baru di hadiahi oleh ummi  dan  Aku sukai pakaian itu longgar dan selesa. Seorang wanita Islam etika pakaian nya adalah longgar dan selesa untuk dirinya. Mudah dikenali wanita yang baik dan yang paling penting ALLAH menyukainya.

 “Azah!” Dia tersengih, aku mengeleng kepala dan menyentuh bahu ukhti amera.Dia mengalih pandangan nya kepada ku


“Awak ni semacam je .nampak lain.” kening ku diangkat .Tanda tidak tahu apa  yang lain hari itu
“Apa yang lain, bukan ke kebiasaan macam ni lah.” ku jawab sambil meneguk minuman air milo sebagai minuman kegemaran

“Yelah awak pakai macam tu, teruja pelajar muslimin nanti .” usik   kakak azlina ,sejak dari tadi hanya menghadap Komputer Riba . Kerja kakak azlina setiap pagi bermula empat pagi kakak azlina menghadap laptop, katanya untuk proposal thesis master. Melihat kakak azlina terus merasai Aku juga mampu mencapai kejayaan seperti itu .


“Kak azlina ada banyak kerja ke..” ku menolak dalih mereka ,lantas mereka tersenyum.Ukhti azlina terpinga-pinga .dia hairan kenapa semuanya tersenyum .

“Boleh tak berkongsi kenapa ?.” ukhti amera menarik bahu kakak azlina memberi isyarat jangan masuk campur .

“ Sanah helwa dik haura .dah berumur ye .” ukhti hasni keluar dari dapur dan di tangan nya ada satu bekas berisi kek .Aku berdiri tegak seperti hendak pitam . Kakak azlina terus tersentak dan mengetuk dahinya .


“Eh haura , kenapa sampai nak tergolek ni?” tegur ukhti hasni .

“Kak hasni …teramat teruja  ...” ku luah kan, tercetus tawa satu teratak az-zinirrah , ternyata didalam dunia ini ada yang lebih baik dari yang kita sangkakan . kita menyangka hujan hingga ke petang  tapi hujan itu sehingga ke malam .

Ukhuwah fillah jika terbina atas dasar berkasih sayang, ramah mesra tentunya berbuah hasil  Natijahnya apa yang kita sukai berada dihadapa­n  dan kini ku merasa bahwa masih ada yang menyayangi ku sebagai sahabat .



                                                          *********************

Prolog -Episod Hidupku



Aku adalah Haura Az-zinirrah ,gadis yang diberi nama oleh ayahku sendiri .Mahu menjadi wanita sebaik Az-zinirrah , wanita Tabah dan cekal .Saban waktu ku dihiasi kalimah Illahi Namun hidup ku Dilimpahi Ujian dan Dugaan ,Manusia bukan Robot  ada perasaan dan  itu benar-benar mencabar diriku .Kadang Hati ini sukar menerima Ujian dan Dugaan ,mahu mengalah tapi hanya nasihat dari mereka ku mampu berdiri . Coretan Hidup ku membuat ku lebih istimewa ,Aturan nya membuat ku berbeza dari hamba ALLAH yang lain . Tapi hanya ku pasti akan ketentuan nya ,Dia menjadikan hidup ku penuh warna –warni .

Hidup ku diberi kasih sayang seorang ibu dan Ayah , Serta Adik ku yang kian membesar . Membuat ku berbeza , Keistimewaan nya itu untuk aku . bergelar seorang Kakak Sulung .Mereka membuat ku dicintai ,kekadang ada usikan dari mereka . Itulah Keluarga bahagia . Gelak tawa mereka ternyata mereka ingin kan sesuatu dari ku . Athirah dan ikram , Mereka masih keremajaan belum tahu akan Dunia . Ku dan Adiku yang lain mencorak peribadi mereka .

Aku Seorang serba sederhana , setiap langkahku dan kesederhanan aku membuat ku menghampiri kepada jalan yang buntu tetapi dengan definasi hidupku sendiri aku mudah menjalani hidup ku . Aku jua punya jiwa penakut ketika aku cuba berinterasi dengan mereka .Jiwa ku seakan mahu melangkah luas menuju kearah lain dan ku jua menyukai imaginasi , setiap waktu catatan diari ku penuh imaginsi justeru itu impian menjadi seorang penulis Muslimah ,Anganku ketika ku berusia 18 , waktu usia remaja meningkat , ketika ku menjadi pelajar Mahaad MTID , Minat ku menulis Novel Remaja . ketika itu ku memikir bahawa menulis ini tiada faedahnya . Suka apabila apa yang kita tulis dibaca semua orang , ku pernah berikan karya ku kepada seorang sahabat mahaad , Dia bercakap pada ku , ku ada sesuatu yang orang lain tiada . Itu memberi motivasi pada ku .Akhir nya ku tahu bahawa wilayah dakwah bukan berbicara sahaja malahan penulisan juga.

Kata orang bila datangnya usia muda cabaran sangat kritikal dan ia semakin susah . Usia remaja menduga jiwa yang sederhana ku .“tak kenal maka tak cinta .” pepatah melayu ,mengajar ku mencintai semua nya yang berada disisi ku. Disini tempat ku ,tempat permulaan ku mengenal erti Cinta .

                                             Jiwa seorang hamba perlukan cinta
 namun sebagus mana yang kita mahu?
Cuba cinta seikhlas yang mungkin ..