Followers

Y
“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” ― Hlovate, Contengan Jalanan

17.9.15

Bhg 2 : Cinta ke kita ?


Aku cinta kamu
I love you
Wo ai ni (我爱你)
Watashi wa anata wo aishite imasu (私はあなたを愛しています)
Sarang hae yo (사랑해요)

Hush, nasib baik tak tahu cakap bahasa lain, kalau tak mahu nak dilistkan semua dalam ni. Haha. Anyway, kenapa pulak saya ingin bercakap pasal cinta ni? Lain macam je kan bunyi nya? Adalah dah ada bau-bau nasi minyak yang boleh dihidang untuk semua? Itu wallahu’alam. Sampai masanya adalah nanti kan.

Cinta ni kalau sebut je, yang ngantuk boleh segar, yang tertidur boleh terjaga, yang tengah main smartphone pun boleh sampai ketepikan jugak. Hush hebat betul cinta ni kan? 

Soal cinta tak pernah lari daripada fitrah seorang manusia. Yela, siapa yang tak suka bercinta, dapat menyayangi dan disayangi. It feels so warm until your deep heart, right? 

Teringat satu kisah waktu time ada program dekat Birmingham tahun lepas waktu pengisian bersama Ustaz Syamsul Ma’arif, dia kata kat Malaysia sekarang, subhanallah kemaruk cinta hebat sangat, dengan nilai kesedaran orang ramai akan Islam, sampai cerita-cerita cinta pun pun mengalami Islamisasi. Ada kisah cinta bertasbih, ada kisah cinta ketika cinta berbuah syurga la dan macam-macam lagi. Silap-silap kalau buat cerita cinta di sebalik sejadah ke, bawah sejadah ke pun boleh laku gak kan. Yelah asalkan bunyi arab dan islamik sikit je, terus kita rasa cinta islamik bukan?

Tapi betul ke semua itu cinta Islamik? Persoalannya yang sebenarnya, apa yang dikatakan sebenar-benarnya cinta? 

Saya kat sini tak kata salah untuk bercinta atau berkasih sayang sesama manusia, asalkan melalui cara yang halal, jaga adab dan batasan dalam Islam, especially berkaitan ikhtilat kaum adam dan hawa. Memang dah naturekan seorang lelaki dan wanita mempunyai perasaan untuk mencintai antara satu sama lain. Tak pernah ada masalah pun. Cuma masalahnya, apabila bila kita mula bercinta, kita mencintai seseorang itu lebih daripada kita mencintai Sang Pencipta yang mencipta mereka yang kita cintai, iaitu Allah swt.

Kehidupan bersama-sama pasangan kita tu dan menjadi segala-galanya untuk kita. Ala-ala fairytale dengan slogan happily ever after. Tapi kenapa kita tak boleh mempunyai perasaan yang sama kepada Allah swt? Dia bukan saja telah mencipta orang yang kita cintai, tetapi jangan kita terlupa, Allah swt jugalah yang mencipta kita sendiri?

Betul cinta itu satu nikmat, satu anugerah yang Allah bagi pada mereka yang bergelar manusia, tapi jangan kita lupa cinta itu juga adalah satu ujian daripada Allah. Ujian untuk melihat tahap keimanan berada di tahap mana? Adakah kita hanya ingat kepada Allah bila kita susah, tapi bila Allah dah bagi kita kesenangan dengan nikmat cinta, terus kita hanya ingat orang yang kita cintai sehingga terlupa akan Allah swt yang patutnya kita lebih cintai sebab kerana Dia kita bertemu dengan pasangan kita itu?

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. 

Al-Baqarah, 2:165

Allah swt tak pernah menghalang untuk kita bercinta atau menyayangi seseorang, namun janganlah kita menjadi mangsa dan terus lemas dalam perasaan cinta itu. Janganlah kita menjadi hanyut dengan mereka yang kita menyayangi sehingga menyebabkan semakin dalam cinta kita pada seseorang, semakin tipis cinta kita kepada Allah.

Sekarang saya ingin bertanya kepada anda, di mana cinta anda?

-Pst
sila pergi ke page asal Kredit too

Tiada ulasan: