Bila
saya sakit, terus membuka laptop dan menulis, Setiap orang berbeza keadaan nya.
Bagi saya menulis satu ubat menyembuh penyakit ku.Sakit itu sebagai pengubat
supaya pesakit itu merasa ALLAH swt masih ada dengan dia .orang yang sakit itu lantaran kesakitan dia alami sering
mengingati ALLAH swt.sakit itu bolehkan seorang hamba itu makin dekat dengan
ALLAH swt dan juga mulut mereka sering berZIKIR.
Itu
keistimewaan seorang pesakit.Betulkan
Saya melihat sisi kehidupan,manusia apabila diuji
dengan ujian sangat berat,manusia hanya mencari ALLAH swt ketika itu jika
diberi sekalung emas,emas itu tak mampu memberi ia kebahagian.
Kata sahabat "kifarah juga betul,adakala
kita tak pasti samaada kita pernah lakukan dosa kepada ALLAH swt.kekadangan ada
juga dosa yang tidak dihapuskan dengan wudhuk dan solat tapi ALLAH swt berikan
satu ujian
Yea..kata
nya benar,ketika saya terasa lemah dan merasa kan saat itu Hanya Mati di benak
hati.terasa tidak mampu berjalan.Kaki terasa dikunci.Tubuh ingin kan
dibaring.Ujian itu tidak sebesar kerana bila hati sentiasa masih ada peluang
lagi dan terus bangkit dari lelah.
“ALLAH
swt tidak akan menguji seseorang itu jauh daripada KEMAMPUANYA.”
Lalu kata ALLAH dalam firman nya
“ Allah tidak
membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala
kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
dilakukannya…( Al-Baqarah: 286)
“Adakah patut
kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu
(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu
sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan
serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah
(datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu
dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (
Al-Baqarah: 214)
Sesungguh
kedugaan yang dialami seseorang ketika ALLAH mengutuskan rasul-rasul kepada
manusia,mereka terbahagi kepada dua golongan.Golongan pertama mereka yang
beriman,walaupun ada mengatakan “aku beriman”.maka ALLAH memberi ujian .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan