Followers

Y
“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” ― Hlovate, Contengan Jalanan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

25.9.15

Cinta itu indah

Cinta: tak salah cuma menerokainya pada waktu yang salah pasti bawa masalah


Don't worry if you are single,
God is looking at you now, saying,
"I'am saving this girl for someone special"

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
tapi luahan pada Allah, beritahulah Allah.
Dia Maha Mengetahui siapa jodoh kita...

Cintai dia dalam diam,
Dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah
kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia akan berhilir kerana Allah jua
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah"
(adz-Dzariyat:49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata, maka bersabalah, berdoalah dan berpuasalah.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, zina itu adalah satu perbuatan yang keji Dan suatu jalan yang buruk"
(al-Israa':32)


Ketika dikau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah punya cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika dikau merasaan dikau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah tahu apa yang ada dihadapanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci kehadirannya
tetapi menjaga kesuciannya
buan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurgaNya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi  menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan diri dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang menjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
memupuk hanya dengan akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membuahkan kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati
namun sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta SAlman al-farisi?

"tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia amat baik bagimu. dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"
(al-Baqarah:216)


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
pasti ada hati yang kecewa nanti,
Sebaliknya, 
gantunglah segenap pengharapanmu kepada yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tidak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri.

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan


kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Maha Memberi dan Maha Memilikinya
biarkan saja Dia yang mengatur semuanya sehingga keindahan itu datang pada waktunya
"Menerokainya pada waktu yang salah pasti membawa masalah"
(abbi)
"barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga"
(Umar al Khattab ra)


If you really love her, you won't touch her
not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah
just hold her in you heart for a few more years...
then you can do it the halal way

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka beerti dia telah sempurna imannya."
(HR al-Hakim)



direnovatenrenew daripada Allah seeker.blogspot
credit to Ain Abdullah

Bila Kita sakit tanda ALLAH sayang

Bila saya sakit, terus membuka laptop dan menulis, Setiap orang berbeza keadaan nya. Bagi saya menulis satu ubat menyembuh penyakit ku.Sakit itu sebagai pengubat supaya pesakit itu merasa ALLAH swt masih ada dengan dia .orang yang  sakit itu lantaran kesakitan dia alami sering mengingati ALLAH swt.sakit itu bolehkan seorang hamba itu makin dekat dengan ALLAH swt dan juga mulut mereka sering berZIKIR.

Itu keistimewaan seorang pesakit.Betulkan

 Saya  melihat sisi kehidupan,manusia apabila diuji dengan ujian sangat berat,manusia hanya mencari ALLAH swt ketika itu jika diberi sekalung emas,emas itu tak mampu memberi ia kebahagian.

Kata sahabat "kifarah juga betul,adakala kita tak pasti samaada kita pernah lakukan dosa kepada ALLAH swt.kekadangan ada juga dosa yang tidak dihapuskan dengan wudhuk dan solat tapi ALLAH swt berikan satu ujian

Yea..kata nya benar,ketika saya terasa lemah dan merasa kan saat itu Hanya Mati di benak hati.terasa tidak mampu berjalan.Kaki terasa dikunci.Tubuh ingin kan dibaring.Ujian itu tidak sebesar kerana bila hati sentiasa masih ada peluang lagi dan terus bangkit dari lelah.

“ALLAH swt tidak akan menguji seseorang itu jauh daripada KEMAMPUANYA.”
                          

 Lalu kata ALLAH dalam firman nya
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…( Al-Baqarah: 286)

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)


Sesungguh kedugaan yang dialami seseorang ketika ALLAH mengutuskan rasul-rasul kepada manusia,mereka terbahagi kepada dua golongan.Golongan pertama mereka yang beriman,walaupun ada mengatakan “aku beriman”.maka ALLAH memberi ujian .