Setelah kenal dia,lalu bagaimana kita mengabadikan pada nya?
-Coba mendekati dengan kalamNya ALQURAN kerana
disitulah terletak ketenangan dan kebahagiaan,tujuan cuba memahami dan
menghayati (taddabur ) atas segala yang ada dalamnya.Membaca dengan
bersungguh-sungguh berserta menangis teresak-esak berharap pertemuan dengan Nya
suatu hari nanti.
“Siapa yang merasa senang dapat mencintai ALLAH
SWT dan RasulNya,MAKA hendaklah dia membaca ALQURAN”riwayat oleh Abu Nu`aim,Al-Baihaqi.
-Berfikir tentang Alam semesta,dan seluruh
bukti-bukti yang ada dan merasakan ada yang berkuasa mengerakkan alam ini.Dari
situ hadirnya hati yang semakin meronta keluar untuk menghayati keindahan
disebalik kejadian.
“satu hari,Hari yang indah.kebetulan ketika itu
kuliah bermula awal pagi,rasa buka tingkap bilik dan terserlah kecantikan pagi
itu.Rasa mendamai jiwa.SubahanaALLAH itu yang terdetik dihati.”
Melihat alam ini buatkan hati semakin berasa
syukur
meskipun perlu mengharungi dugaan demi dugaan.ALLAH masih hidupkan lagi barangkali
ALLAH mahu hati yang sentiasa tahu bahawa IA makin dekat.
Tips dari Dr majdi AL HIALI “Aku rindu pada
ALLAH dari karya Anis humaira. Apa kata Dr majdi? “Perbanyakkanlah mengunjungi
orang sakit,orang miskin anak yatim ,penjara kawasan peperangan orang kurang
upaya dan sebagainya.Apabila kita melihat mereka secara tidak langsung akan
mewujudkan rasa syukur di dalam diri.Ramai sahaja orang yang lupa bahawa ALLAH
telah memberi nikmat yang lain yang jauh
berlipat kali ganda.
Surah al-Najm. (53: 47-52)
“Dan bahawasanya Dialah yang menetapkan
kejadian yang lain (Kebangkitan sesudah mati) Maksudnya sebagaimana Dia telah
menciptakan kejadian permulaan maka Dia pasti berkuasa untuk
mengkembalikan,iaitu kejadian yang terakhir pada hari kiamat.
Firman nya (Dan bahawasanya Dialah yang
memberikan kekayaan dan kecukupan) Maksudnya menyerahkan pemilikan harta kepada
hamba-hambaNya dan menjadikan harta itu sebagai hak milik yang sangat berharga
bagi mereka.Mereka tidak perlu membeli terlebih dahulu.Ini merupakan nikmat
kesempurnaan bagi mereka.Itulah ungkapan ahli tafsir berkenaan dengan
Pergertian ini.
"Dan
bahwasanya Dialah yang menetapkan kejadian yang lain (kebangkitan, sesudah
mati)," – (QS.53:47)
"dan
bahwasanya Dia-lah Rabb (yang memiliki) bintang syi'ra," – (QS.53:49)
"dan bahwasanya Dia telah
membinasakan kaum 'Aad, yang (generasi) pertama," – (QS.53:50)
"dan kaum Tsamud. Maka tidak
seorangpun yang ditinggalkan-Nya (hidup)." – (QS.53:51)
"Dan
kaum Nuh, sebelum itu. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang paling zalim
dan paling durhaka," – (QS.53:52)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan