Bila terasa
jauh terumbang ambing mahu kembali pada
illahi,kemudian kembali pula pada zaman jahiliyyah terasa pedih teramat.Terasa
ketidakadil nya pada diri?Diri yang dulu nya mahu berubah akhirnya kembali pula
pada kancah yang lama.Namun ALLAH tetap kasih dan sayang kerana ALLAH maha
penyayang lagi maha mengasihani.Dia tahu hambanya mampu berubah.
Sememangnya
kehidupan bukan diibarat pelangi yang sselalu indah setelah dilanda kehujanan
tetapi Hidup seolah HUJAN yang kadang kala turun menyembah bumi,kekadang timbul
awan yang hitam.
HIDUP tanpa kegagalan untuk terus berubah seolah
manusia itu seperti acuan kek,yang harus dicoba berkali-kali dan akhirnya kek
itu menjadi seperti yang kita mahukan . Manusia biasa yang sudah berkali-kali
diuji jika dia mengetahui syurga sedang menunggunnya.Jika dia fahami bertapa
kecintaan ALLAH itu sangat mendalam,melebihi kecintaan seorang pria atau seorang
anak kepada orang tuanya atau seorang kekasih mencintai wanita nya.Manusia itu
sangat hebat.
kalau mahu
berubah fikirkan perkara yang terbaik.Jika berubah demi manusia kita kalah,bila
ada kutukan sedikit kita lemah tak mampu nak berubah,Berubah kerana sahabat pun
ia tak kan kekal lama,sebab lama kelamaan kekuatan itu akan terbuku tapi jika
berubah demi ALLAH swt ,Demi ALLAH hati makin tenang dan tenteram bahkan bila
dibedal hati makin kuat dan tabah.
Bahkan kita
mahu menuju syurga,namun ada sedikit terpelit dan tersalah.kita merasakan apa
yang kita buat itu sudah mencukupi.kerana itu ALLAH hadirkan satu nikmat nya untuk berubah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada kala timbul
nya suara –suara kecil mengatakan perihal yang sama,bahkan saya merasa rimas
dan terasa culas hendak mendengar lagi.
Dan yang pasti
saya mahu berubah,berubah demi ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan