Followers

Y
“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” ― Hlovate, Contengan Jalanan

15.9.15

Cinta Ke kita ?


 Bismillah
salam pagi dan assalamualaikum semua,pagi gini terasa nak copy artikel sudah ditulis kemudian nak paste dalam blog dan sedang berjalanan di laman blog2 terasa nak klik satu blog diatas nama Fifie Feyca (JOM BACA BLOG DIA )  
SEBELUM ITU,baca juga yer artikel ini. 


Selepas kewafatan baginda saw.
Bilal bin rabah selepas kewafatan Rasulullah saw, dia tidak pernah melaungkan azan dan terus membungkus kain  dan simpan barang –barang lalu bilal bin rabah pergi ke Syria.sampai di zaman Syaidina umar,amirul mukminin berkata dah lama tidak mendengar laungan bilal bin rabah kemanakah dia ? sahabat amirul mukmini berkata dia berada di Syria lantas Syaidina Umar bertanya kepada mereka (sahabat nya) “boleh tak membawa bilal bin rabah ?” dan mereka menjawab “boleh ya amirul mukminin”.Terus mereka pergi ke Syria memujuk bilal bin rabah pulang untuk melaungkan azan. Setelah sampai sahaja di masjid nabawi kota madinah,ketika itu diwaktu zohor,Syaidina Umar meminta Bilal bin rabah melaung azan.

Bilal bin rabah seraya berkata “tidak,aku hanya azan di zaman rasulullah saw”.

Waktu tengah bercakap.Datang Kedua cucu Rasulullah saw Hasan dan Hussin memujuk bilal bin rabah “pak cik  boleh kah kamu azan ?”,oleh kerana cucu rasulullah saw memujuk bilal bin rabah,dia terus azan dan kerana azan nya juga di kota madinah itu terdengar teresak menangis kerana rindukan Rasulullah saw. Ketika sampai (ashHaduallaila ha ila) bilal terus menangis dan rebah.

Sahabat-sahabat bilal memeluk tubuh bilal dan bertanya “kenapa ya bilal?”,Bilal bin rabah berkata dalam tangis nya “aku Nampak baginda saw menuju ke sini dan ingin solat berjemaah bersama.”

                                                            ***



Allah..sendu hati,nangis terus air mata,tidak tahan ketika mendengar kisah ini.Terasa mahu menangis sungguh-sungguh kerana bilal bin rabah begitu rindu kan rasulullah saw tetapi kita…

Seolah lupa kan baginda saw,yang membawa islam itu sehingga kini.kerana dakwah nya kita lupa pada nya.sering kali melaungkan ya rasulullah kami rindukan kamu tapi sunnah belum lagi dijaga.
Selawat pada baginda kita kurang,hanya selepas solat kita menyebut tapi diluar kita terlupa.kita bongkak.

Kata ust itu “kita sebut rindukan rasulullah, kita terasa bagaikan rasulullah ada dalam hidup kita, waktu mana kita sebut cinta rasulullah saw tapi pada masa yang sama kita menipu,itu munafik hati sesorang.Punca nya kita tak rindu pada rasulullah saw.” Kalau kita terlampau rindu Seseorang seperti  ibu rindukan pada anaknya,sseorang isteri rindukan pada suaminya dan demikian jua pada rasulullah saw”.

                Cinta pada rasulullah seperti kita mencintai orang yang kita cinta,

"Qoutes For Tody "
To overcome evil with good is good, to resist evil by evil is evil.
The ink of the scholar is more sacred than the blood of the martyr.
Kindness is a mark of faith, and whoever is not kind has no faith.








Tiada ulasan: