Followers

Y
“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” ― Hlovate, Contengan Jalanan

4.10.15

Bicara # sebelum ketiduran


 Bismillah hirrahman nirrahim
Assalamualaikum wrt.SALAM kunjungan mesra buat tatapan blogger,sahabat yang dimuliakan oleh ALLAH azawajala. 

Selawat dan salam ke atas nabiku Muhammad saw.
Para sahabat baginda,keluarga baginda.

Alhamdulilah, di hujung waktu ini,Perkongsian malam nie in shaa ALLAH ana seiring dengan keadaaan ana sendiri berserta teman sahabat blogger.keadaan cuaca yang sering berubah-ubah,lantas sahaja sakit-sakit terjadi.berharap baik dibawah laungan ALLAH swt.

Alhamdulilah,hari ini pada tanggal nie,saya merasa menjadi daie atau pendakwah itu bukan sahaja dinilai  dengan segala pemakaian nya bahkan percakapan gerak geri nya,takut-takut dakwah itu tidak tersampai pada hati.

Saya sering kali pada pukul 11 atau awal nya menetapkan jadual saya yang mana  keadaan itu hanya saya dan kerja saya sahaja.bukan masa yang untuk lain.saya komited dengan kerja dan segala yang saya belajar dahulu ditarbiah dahulu saya guna pakai untuk masa sekarang.
Perkongsian malam nie segala macam tajuk saya saya hendak kongsi,Tentang daie nya,atau menjadi penulis nya. Atau yang lain. 

Malam nie saya berserta keluarga tonton  rancangan tv 3 yang sejak dulu tak pernah miss,walaupun berulang pada siaran lain tapi kami tetap tonton hihihi..tanda kami sipot.
Rancangan Daie Milenia..sejak bermula daie musim pertama sehingga pada hari ini setiap episode kami tonton.

Tapi setiap episode itulah buat saya sering memikir,layak kah aku menjadi daie milenia.yang faham kerenah manusia.atau bisa melaungkan ayat-ayat menusuk kalbu atau lagu-lagu deramatik. 

Menjadi daie

Kita semua suka menjadi daie,sebab kita dipilih ALLAH swt UNTUK memakmur kan dunia,bumi yang kita pijak nie. Namun adakala ujian pasti ada.Ujian paling saya takut adalah kalau-kalau hati saya berubah.

Kisah nya sem yang lepas,sebelum saya balik kampung.saya ternampak kain rentang di bahu  jalan saya teringin nak pergi odisen pastu kebetulan masa tu gambar berukur passport tak ade,ketika itu hujan lebat.saya cakap kat hati saya takpa,bukan tahun ini rezeki untuk bertemu dengan murabbi belum lagi ALLAH buka.Kemudian terdetik hati saya mengenai Ahmad ammar,saya ingin menjadi seperti dia. Yang manusia tak kenali ketika hidup tapi setelah pemergian nya ALLAH hurrabi manusia mulai menanyakan soal dirinya.

Yang kedua in shaa ALLAH yang ter akhir

Menjadi Penulis
Saya sebenarnya ada niat dan ada impian saya sendiri,saya nak kan penulisan saya sebaris dengan penulisan orang lain,saya nak penulisan saya bukan hanya mengisi masa lapang malah mengisi jiwa yang kosong.Itu harapan saya.

Sejak pertama buku karya  hilal asyraf  tajuk terasing terus saya ingin menulis dan menjadi seperti beliau.walaupun saya kira masa itu umur baru 18 tahun muda daripada nya setahun sahaja.tapi apabila melihat pada dirinya saya jauh beza.

Muda dah ada syarikat sendiri.
Saya pulak..buku pun taka da lagi.
Saya sering baca di belog bagaimana hendak menjadi penulis,bagaimana menulis novel bab pertama atau prolog atau epilog tapi saya masih rasa kosong lagi.tapi

Yang paling saya rasa perlu ada..Terus menulis,jika tak mulakan pasti tak tahu kita nie bisa menulis atau tidak.itu kata-kata ringkas tapi padat saya dapati masa saya berwalking.justeru hari nie in shaa ALLAH saya hendak umumkan bahawa belog saya bertukar tema..penulisan e-novel berserta e-book in shaa ALLAH nanti saya letakan link agar mudah membaca.

Pada masa..
SAYA masih tercarik-carik tajuk novel tapi dah dapat..
(CINTA KAMU BERADA DIHATI KU)

Macam panjang je kan,harap sahabat kunjungan boleh yer bagitau apa yang perlu dipadamkah atau diubahkah?

Akhirnya…moga esok menjelma dan malam tidur yang indah
Salam sayang dari saya (khadijahalhumairamustafa)

Tiada ulasan: