Followers

Y
“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” ― Hlovate, Contengan Jalanan

13.9.15

Aiman Banna: Bakpo Ambo Atah Jalei Nih?


 Bismillah.
pertama saya minta maaf sebab copy dari blog tanpa beritahu.dan  saya sememangnya tengah cari idea yang sama.



Faham tidak tajuk entri nih? Macam kelakar je, Macam hambar je, Macam tak faham je. Itu slang kelantan. Haha. 

Saya tiba-tiba teringat Kelantan, tempat pengajian ketika saya menengah
rendah dahulu. Rindu sangat-sangat. Tempat di mana saya bersekolah
tahfiz, hafal quran, jumpa kawan-kawan Kelantan dan paling penting momen
saya bersua muka-ke-muka, talaqi dengan Tok Guru Niz Aziz. Pengalaman
kat Kelantan sangat indah, alhamdulillah...
Apa maksudnya perkataan-perkataan atas itu?
Bakpo = Mengapa.
Ambo = Saya.
Atah = Atas
Jalei nih = Jalan ini
Mengapa saya atas jalan ini.


Simple je pun mesej yang ingin disampaikan melalui tajuk, iaitu mengapa
saya ada atas jalan itu. jadi bermaksud tajuk entri ini mengenai mengapa
saya atas jalan itu. Eh sat, jalan apa noh? Jalan tar? Jalan hutan?
Jalan ada tol?




Jalan apa ni!?




Cerita ini, entri ini mengenai mengapa kita atas
jalan dakwah ini.



Ada yang mengatakan, dakwah hari ini digunakan oleh pendakwah untuk
kepentingan sendiri. Nak guna agama untuk kegunaan nafsu sendiri
seperti;



1. Populariti.


2. Duit, harta


3. Melariskan bisnes


4. Keluarkan fatwa ikut suka.


5. Nak rasa bagus, tunjuk power.


6. Dll...



Poin utama ialah, masyarakat kebanyakannya mengatakan pendakwah hari ini 
JUAL AGAMA.



Dipersilakan untuk kata sedemikian, saya tak larang dan saya tidak suruh untuk anda ubah pemikiran anda. Namun ingat satu benda;


التعميم ظلم 
"Generalisasi ialah satu kezaliman"


Anda tidak boleh samakan semua orang sama perangai, sama niat, sama
akhlaq, jika anda lakukan; anda zalim. Anda tidak boleh katakan semua
doktor pandai bedah jantung, ada yang tidak. Anda tidak boleh samakan
semua orang bisnes berjaya kesemuanya, ada sahaja yang tidak. Sama juga,
anda tidak boleh samakan semua pendakwah sama.



Tidak semua pendakwah sama.


Izinkan saya bercerita mengenai diri saya, bukan nak tunjuk saya bagus,
bukan nak tunjuk saya ni power, bukan juga ingin mengatakan bahawa diri
saya ini yang terbaik. Namun inshaAllah ini ialah sebagai inspirasi
kepada anda semua.




Saya senaraikan pencapaian saya sepanjang saya atas jalan dakwah selama ini;


1. Penulis buku, buku #Henshin (Terjual 25,000 naskhah dalam sebulan), Infiru dan Move On.


2. Motivator, bagi talk (Jemputan lebih daripada 100 institusi)


3. Bernikah di usia muda, ketika umur 18.


4. Ada syarikat sendiri, ofis sendiri dll.


5. Dll.




Ini antara pencapaian saya alhamdulillah.




Apa-apa pun,


Jangan judge saya dahulu, relax brader.




Relax,


Relax.




Nak puji? Jangan dahulu.


Nak kutuk? Jangan dahulu.




Baca entri sehingga habis. Ok?




InshaAllah mampu menjadi inspirasi kepada diri saya dan juga diri anda
untuk kekal istiqamah dalam jalan dakwah yang telah diamanahkan oleh
Ilahi dan Nabi kepada kita.




Entri ini untuk menginspirasikan, amin.




Selepas saya menceritakan mengenai diri saya, saya akan bercerita
mengenai hakikat dakwah sebenar, hakikat dakwah berdasarkan sirah Nabi
Muhammad. Berdasarkan Fiqh Sirah dan Fiqh Dakwah.




InshaAllah.



--

Ada orang bagi poin mengapa ada orang jadi pendakwah ialah kerana...;

1. Dari kecil memang baik dah.


2. Dah hafal quran, hadis dari kecil.


3. Mak ayah ustaz.


4. Sekolah agama.


5. Ramai kawan-kawan baik.


6. Dll...




Boleh dak saya cerita macam mana saya bermula berjinak manja dengan dakwah..? Boleh deh?




Timeline Kisah Aiman.


#1.

Saya baru keluar daripada perut ummi,




Lalu saya lihat dunia ini kali pertama pada 1 september 1996.
SubhanaAllah cantik... Hehe, gurau je lah. Takkan lah nak cerita bermula
dari keluar perut ibu, jadi novel 5 jilid kang entri ini. Kehkeh.

Saya bercerita bermula saya darjah enam.


Alhamdulillah, berkat hidup gaya hidup pelajar skema, saya dapat UPSR
6A. Alhamdulillah. Naik atas pentas mendapat penghargaan sekolah
sangatlah membahagiakan.

Selepas itu, saya masuk sekolah SMK(A)Tun Ahmad Zaidi.  Tapi tidak lama
lalu kemudiannya saya bersekolah kat sebuah sekolah tahfiz di Kelantan.
Di sana, saya dididik untuk menghafal quran, hafal hadis, belajar
kitab-kitab diniyyah dan pada masa yang sama belajar akademik (PMR).

Sekolah sana sekolah lelaki kesemuanya,


Cikgu-cikgu pun semua lelaki.


Tiada seorang pun perempuan, Adoi.


Alhamdulillah, saya mampu untuk jadi pelajar yang terbaik dalam dua peperiksaan besar;


PMRU


PMR

"Amboi kau, boleh lah nak sembang jadi pendakwah sebab kau memang dah
pandai dari dulu, hafal quran, sekolah Kelantan. Memanglah kau boleh
jadi baik. Puih!"


"Alah, kau tak berjahiliah, kau tak couple, sebab kau sekolah lelaki
semua. Takde perempuan so senanglah kau tak berjahiliah, senanglah nak
jadi baik. Puih!"


Ok, sabaq sat noh. Baca sampai habis timeline kisah Aiman ini. Eheh.


#2.

Tingkatan 4, saya masuk sekolah baru.

Kali ini sekolah yang bukan macam sebelum ini, sekolah ini campur lelaki
dan perempuan. Pergh, pelik dan janggal rasanya! Sebelum-sebelum ini
ber-atmosphera lelaki semua, sekarang ada perempuan. Berdebar rasanya.

Tapi ada satu kes...


Cuba bayangkan, sewaktu saya baru masuk sekolah itu, baru sahaja masuk
tak sampai sebulan pun... Ada beberapa orang perempuan jumpa saya dan
ajak saya couple. Mereka jumpa saya, dan luah kata mereka suka saya.

Wow, selama ini tak pernah couple dan sekarang tiba-tiba ada orang ajak anda couple. Bukan seorang, tapi tiga orang.

Dipendekkan cerita...


Saya couple.

Bukan seorang,


Tapi dengan beberapa orang,


Serentak.

Astaghfirullah.


Ketika ini saya ingin bertanya kepada diri saya dahulu;


"Aiman, kau hafal Quran. Tapi apahal quran itu tak jadi syafaat,
sebaliknya jadi laknat untuk kau...? Apahal kau couple sedangkan kau
tahu haram. Mengapa!?"


Sabaq, baca sampai habis entri ini.




#3

Sejak bermula couple itu, saya terus jadi gila.


Gila sebab abaikan tanggungjawab sebagai;


Hamba Allah.


Anak.


Pelajar.


Abang.


Saya ponteng usrah, ponteng program tarbiah.

Tak buat kerja sekolah, selalu ponteng pergi bilik sakit.


Selalu melawan kata mak ayah, habiskan duit berjimba berseronok.


Abaikan tanggungjawab sebagai seorang abang dalam keluarga.


Couple, playboy, mainkan perempuan dan lain-lain.

dan,


Berjuta lagi maksiat yang saya lakukan.


Hasilnya...

Saya dicop perosak tarbiah.


Akademik saya jatuh menjunam.


Pernah dapat nombor last dalam batch.


Mak ayah, cikgu tak suka.


Mainkan ramai perempuan.


Dll...

Hai semua, ini lah dia saya.


Yang sembang kencang dakwah kononnya,


Yang bagi talk merata tempat kononnya.

Sejarah jahiliah yang hampeh gila.


Teruk perangai, sangat teruk

Anda baru tahu 1/100 sahaja, bukan semua.


Namun inilah hakikatnya.

#4.

Kisah diteruskan.


Allah tidak zalim.


Allah selamanya tidak akan zalim.


Allah tidak akan zalim kepada hamba-Nya yang ingin berubah.


Saya mengambil keputusan untuk berubah,


Selepas ada 'someone' approach saya dan ajak saya masuk usrah.


Akhirnya, dengan masuk usrah saya mampu untuk berubah dengan istiqamah dengan izin-Nya, alhamdulillah.

Saya berjaya berubah...


#5.

Dakwah.


Saya mula belajar apa itu dakwah dan mula jatuh cinta dengan dakwah.


Lalu saya mulakan langkah untuk selam dalam dunia dakwah...
Alhamdulillah.

The End.



p/s: jika ingin tahu kisah sepenuhnya, boleh jenguk buku saya yang bertajuk "Move On"



---




Dah habis baca noh?


Itulah sedikit sebanyak mengenai timeline kisah Aiman.


Tak gempak mana pun, tapi meh saya nak bagi poin-poin penting berdasarkan kisah saya itu.


1. Jangan bagi alasan.

Jangan bagi alasan.

"Aku bukan SMKA, bukan Kolej Islam. Macam mana nak jadi baik."

"Aku bukan budak tahfiz, mak ayah bukan ustaz. Macam mana nak jadi baik."

Amboi, jangan bagi alasan.


Aku yang sekolah tahfiz bagai ni pun boleh terjebak dengan maksiat couple dll.
Ada sahaja kawan-kawan yang terjebak dengan ketagihan pornografi.
Ada sahaja kawan-kawan yang couple, bahkan pernah keluar dating berdua.
Ingat;
Walaupun anda lahir kat Mekah, tidak menjamin anda masuk Syurga.
Walaupun anda lahir kat Madinah, tidak menjamin anda tidak masuk Neraka.

Anda jadi baik berdasarkan pilihan anda sendiri untuk jadi baik atau tidak.



Sepertimana saya,


Saya pilih untuk hafal quran sebab saya pilih untuk jadi baik.

Dan
Saya pilih untuk couple sebab saya sendiri pilih untuk jadi jahat.



Lihat?




Tiada alasan untuk tidak jadi baik,

Kerana ianya pilihan anda sendiri. 

Alasan dari Syaitan,
Harapan dari Tuhan.



Pilih.



2. Aku boleh, kenapa kau tak?




Aku pernah berjahiliah.
Seteruk-teruk jahiliah.
Aku sangat yakin jahiliah aku lebih teruk dari korang.
Sangat-sangat teruk beb;
Mainkan perempuan
Tak hormat ibu ayah
Tak hormat cikgu
Akademik jatuh menjunam.

Dll.




Tapi aku berjaya buktikan, walaupun aku dah jatuh teruk masuk lubang
hitam jahiliah, tapi aku masih boleh berubah dan berhijrah menuju Allah
semula.


Kalau aku yang teruk busuk macam ini boleh berubah, takkanlah kau tak boleh!?




---

Jom kita masuk ke poin terbesar dalam tajuk ini.


1. Mengapa saya ada atas jalan dakwah (Daripada perspektif Aiman)


2. Mengapa kita ada atas jalan dakwah.



--- 
MENGAPA SAYA ADA ATAS JALAN DAKWAH? 

1. Hanya orang yang pernah makan buah epal sahaja yang mengetahui kesedapan buah epal. 

Jika ada talk mengenai buah epal,

Seorang penceramah tidak pernah makan buah epal,
Seorang lagi pernah dan selalu makan buah epal.

Mana yang lebih anda percaya..?

Sudah tentu si penceramah yang pernah makan buah epal sebab dia ada pengalaman merasa buah epal lalu menceritakan kepada kita.



Saya pernah jahiliah, seteruk-teruknya. Saya sudah merasai jahiliah
sebelum saya berubah. Oleh itu, saya dapat merasai jiwa pemuda yang
bergelumang dalam maksiat, yang bergembira dengan jahiliah.


Saya mampu ceritakan seronoknya couple, seronoknya tak jaga ikhtilat,
seronoknya crush bagai dll sebab saya pernah merasai semua jahiliah
tersebut.


Sebagai alumni dan ex-pemaksiat tegar, sudah tentu orang yang pernah
membuat dosa yang sama macam saya akan mudah menerima nasihat saya sebab
kami satu geng yang pernah bermaksiat kaw-kaw.


Sepanjang saya memenuhi 100 lebih jemputan talk daripada seluruh
Malaysia, ramai yang jumpa saya kata mereka mudah menerima talk saya
ataupun mudah menerima penyampaian dalam buku saya. Jawab saya mudah;
"Saya bercakap daripada hati seorang pendosa, dan ianya ialah
berdasarkan pengalaman, bukan teori."


Sebab itulah saya menganggap kisah sejaraha jahiliah saya selama ini
hadiah untuk ummah, terutamanya anak muda agar mereka ada kekuatan untuk
berubah dan menjadi kuat dan terus kuat.



2. Populariti.

Ada yang kata pendakwah sekarang ini nak raih populariti sahaja. Riak, munafiq, hipokrit, poyo, rasa bagus, jual agama dll.



Saya malas nak hurai panjang cuma cuba rujuk sirah.

Rasulullah ada populariti di kalangan penduduk Mekah dan Madinah.
Rasulullah terkenal dan popular dek kerana akhlaknya dll. Disebabkan ada
populariti itu, dimanfaatkan atas jalan dakwah Rasulullah lalu menjadi
satu boost dalam dakwah Rasulullah.




Populariti juga ialah satu uslub dakwah.

Namun satu nasihat saya ingin berikan;
Jika pendakwah, berdakwah semata-mata untuk populariti sahaja. Nak kejar
kemasyuran semata-mata maka ketahuilah anda perlu bertaubat segera.
Taubat segera.





Dakwah untuk tarik manunia menuju Allah,

Bukan menuju ke arah kita. Bukan!

Jika anda berdakwah untuk populariti diri anda, maka apalah beza anda dengan syaitan?


Syaitan mengajak, berkawan dengan kita supaya jauh daripada Allah dan menuju ke arah dia lalu bersama-sama ke Neraka.

Jadi musahabahlah para pendakwah.




3. Nak duit, jual agama.



Pendakwah jual agama, inilah pandangan kebanyakan masyarakat.


Mungkin ada, dan saya tahu memang ada.

Namun saya juga tahu beberapa penceramah yang tidak meletakkan harga
dalam menjemput mereka untuk memberi ceramah. Mereka bagi free on
charge. Untuk diri saya pula, jika ada orang jemput saya, saya guna cara
saya sendiri.


Di mana saya meletakkan syarat untuk orang yang ingin menjemput saya
bagi talk satu syarat mudah; WAJIB untuk tidak memberikan saya apa-apa
bayaran.


Itu sahaja syaratnya.



100 lebih jemputan talk saya selama ini bukanlah saya mengharap duit untuk tambah duit poket saya.

Bukanlah saya gunakan talk-talk yang saya dijemput untuk menambahkan angka duit dalam bank.


 Tidak, kerana saya lakukan semuanya percuma.

Semua kos saya tanggung,
Minyak
Tol
Penginapan

Dll...




Jika mengenai buku-buku dakwah dan motivasi yang saya terbitkan, apakah ianya menjual agama..?

 Nasihat saya satu; dalamilah ilmu penerbitan buku maka anda akan faham bagaimana susahnya pengurusan penerbitan buku.

Jika anda pernah pergi talk saya, saya akan benarkan orang yang tiada
duit untuk mengambil buku-buku saya secara percuma tanpa sebarang
bayaran. Kerana saya menulis bukan untuk duit semata-mata, tapi untuk
dakwah. Jadi apabila ada orang kita dakwah minta percuma, maka bagilah
percuma tanpa berkira.




Ini dakwah dan mekanism dakwah yang saya faham dan saya amalkan. Ini cara saya, saya tidak tahu cara orang lain bagaimana.




4. Keluar fatwa.



Pendakwah sepatutnya tidak keluar fatwa.


Contohnya saya, saya hanya keluarkan qaul-qaul ulama yang saya ambil
dari kitab mereka yang juga berdasarkan Quran dan Sunnah. Bukannya saya
buat ijtihad.


Cuba belajar disiplin dengan ilmu, anda akan faham konsep ini. Beza anda
sebarkan fatwa ulama dengan keluarkan fatwa sendiri. Pendakwah hanyalah
sebarkan fatwa.


Jika ada buat fatwa sendiri ikut nafsu sendiri, moga Allah buka hati dia.

Dalam buku Henshin ataupun buku-buku saya yang lain, saya ada rujukan
kitab dan rujukan murobbi. Bukannya saya main tulis semborono. Lagipun,
buku tersebut saya telah meminta para asatizah-asatizah untuk membacanya
dan menapisnya pada awal pengeluaran buku.




Antara kitab yang dirujuk;


Fiqh Dakwah, karya Shikh Mustapha Mahsyur.


Fiqh Sirah, oleh Al-Buti.


Raheeq Makhtum. oleh Sheikh Safiyurrahman Mubarakfuri.


Talbis Iblis, oleh Ibn Jauzi.




Jika anda pernah attend talk saya, saya akan memberi pendapat ulama,
hadis dan dalil quran sebagai hujah. Bukan nak tunjuk bagus dan hebat,
tapi ianya disiplin dan adab kita dengan ilmu.




Akhirnya, kita perlulah faham bahawa dakwah ini perlu ada adab dan disiplin.




Bukan main masuk syok-syok,


Pastu mainan agama guna akal sendiri.







MENGAPA KITA ADA ATAS JALAN DAKWAH?


Mengapa kita ada atas jalan dakwah ini?




Kerana Allah,
Kerana Rasulullah.
Itu sahaja jawapannya.



Kerana Allah mewajibkan dakwah kepada setiap muslim. Jika anda rasa
seorang muslim dan ada islam dalam iman maka WAJIB untuk anda berdakwah.








Surah Al-Hajj:41.
Ketahuilah, dakwah itu wajib sepertimana solat itu wajib.


Bagaimana kita nak berjalan atas jalan dakwah?





Ikutlah guideline Quran.

Ikutlah guideline sunnah.






Surah Al-An'aam: 153
Hari ini, kita dakwah ikut Rasulullah,
Ikut Quran dan Sunnah.
Bukannya ikut selera masyarakat.
Bukannya nak sedapkan hati masyarakat.
Hari ini, realiti masyarakat...
Ada pendakwah yang mengatakan maksiat anda buat itu tidak salah, boleh je. 

Orang yg meringan-ringankan agama jad HERO sebab menghalalkan maksiat anda?



Ada pendakwah yang jelas-jelas kata haram, berpandukan quran dan sunnah. Dia kata haram.
Orang yg menjelaskan ianya maksiat dan haram jadi extremist?




Hakikat agama mengharamkan ia,
Lalu anda meringan-ringankan,
Lalu anda nampak hebat,
Sebab menyedapkan hati mereka.
Saya ambil satu contoh mudah, satu sahaja ya.





CRUSH.



Haram... Sememangnya haram.
Saya dengan yakinnya katakan ianya haram.

Cuma ada segelintir yang kata ianya boleh, tak haram.

Orang yang kata ianya haram dikatakan = Ektrimist, jumud, over.
Yang kata crush boleh, tak haram = Hero, penyelamat dunia.


Iya, siapa yang tak seronok apabila maksiat kegemaran selama ini yang
disangka haram tetapi boleh dan dibolehkan. Mestilah yang menghalalkan
yang haram akan jadi hero anda.



Ini contoh sahaja ya, tiada kaitan dengan sesiapa pun sama ada hidup atau mati.



1. Kena faham definisi crush berdasarkan kefahaman masyarakat, bukan
kefahaman personal. Saya sebagai orang yang pernah couple, pernah crush,
pernah dengar luahan ratusan anak muda yang pernah berzina usia muda,
ketagih pornografi dll. Saya cakap berdasarkan pengalaman ya.



Crush = Suka seseorang secara berlebihan. Ada dalam buku #Henshin, boleh rujuk syarah panjang.



Crush tidak sama dengan minat.



Minat, suka = Suka seseorang tidak secara berlebihan, ianya fitrah. Perasan suka yang dikawal dengan iman dalam jiwa. Perasaan suka yang disalurkan pada yang halal.



Saya sebagai orang yang pernah crush, saya tahu bagaimana rasanya bila
ber-crush. Terbayang-bayang, rindu-rindu, ingat-inta, selalu nak stalk.
Saya cakap berdasarkan pengalaman,



Kalau nak lihat lebih jelas, kita lihat definisi orang barat yang
sememangnya definisi inilah yang menjadi rujukan dan benda yang
dilakukan oleh anak muda keseluruhannya.




Crushes
are a wonderful feeling. Every time you see that special person your
heart beats and you try to hide a smile. You want to stalk him or her.
Crushes are also painful. You like this person, a lot, and yet, you may
not know if he or she feels the same way. Your best friend may live next
door to him or her and be really good friends with your crush, yet
every time she or he talks to him or her, it pains you. You think he
likes her or she likes him. Then there is the prettiest girl in your
class and he sits with her. You may think he likesh er just because he
talks to her. Then, the school yeari s coming to a close. You feel
really 
depressed.
You just want to scream to him or her: I REALLy like you and hope you
feel the same way. Or you really want to know if he or she has the same
feelings for you, or if they like someone else. It would help you feel
so much better. Sometimes, even though I find it weird, I still cry
about all of the emotional problems I'm having. I also obsess over my
crush with my friend. We obssess over our crushes together. If you want,
you could also write that special person a note and then sign your
name. Crushes are wonderful, but very painful, thus the word: crush.


1. Crushes are wonderful feeling.

2. Every time you see that special person your heart beats and you try to hide a smile.

3.You want to stalk him or her.



Ini ialah definisi crush dan ianya HARAM kerana apa..?



1. Zina hati, haram.



Crushes are wonder feeling, itu katanya. Wonderful feeling dok
teringat-ingat, rindu-rindu ajnabi. Benda-benda inilah yang dipanggil
zina hati, hukumnya haram.




Surah Al-Isra': 32
Janganlah dekati zina, walaupun sedikit, Haram.
Rindu-rindu, ingat ingat ajnabi dengan selalu ialah zina hati. Apa isu
sangat dengan zina hati? Apabila anda sudah bermula dengan langkah zina
yang pertama iaitu zina hati, anda akan terus melangkah lebih dekat ke
arah zina sebenar. 


2. Allah suruh tunduk pandangan, jaga nafsu.




Surah Nur: 30
Allah mewajibkan orang mukmin untuk tunduk pandangan!


Bahkan Rasulullah tolak tepi muka sahabat yang tidak sengaja tidak tunduk pandangan ketika terpandang seorang perempuan.



Bila ada crush, sah-sah la suka nak usha, suka nak pandang. Nak stalk
sentiasa, nak tengok-tengok gambar, nak jumpa-jumpa. Benda-benda ni
tidak tunduk pandangan maka ianya HARAM!.



Lihat..?

Bukankah mula-mula sekadar zina hati, rindu-rindu.? Sekarang lepas zina
hati, diteruskan langkah ke arah zina dengan zina mata iaitu dengan
tidak tunduk pandangan.





3. Dalam Kitab Talbis Iblis, karya Ibn Jauzi. Ada diterangkan mengenai
mekanism serangan syaitan kepada manusia. Dan ketahuilah syaitan tidak
akan terus suruh kita zina secara direct, tetapi akan hasut kita sedikit
demi sedikit lalu akan diakhiri dengan zina. Na'uzubillah.







4. Dll... Banyak lagi tapi we just make it simple...





p/s : Anda boleh nilai sendiri mana yang betul ikut acuan bukan? ;D


---
Lihatlah dunia ini dengan mata quran dan sunnah, ianya akan jadi indah.

Kita berdakwah ikut quran sunnah,
Kita berkeluarga ikut quran sunnah,
Kita bersahabat ikut quran sunnah.



InshaAllah akan indah.
Dakwah, ianya wajib ke atas semua muslim.
Lalu berdakwahlah ikut fiqh dakwah.
Banyakkan rujuk fiqh sirah.

Marilah kita bersama berdoa agar Allah redha dengan dakwah kita.



Moga Allah redha,

Nabi Muhammad suka.



#AimanBanna #Henshin




Tiada ulasan: