Followers

Y
“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” ― Hlovate, Contengan Jalanan

14.9.15

Cara nak ubah supaya hati sentiasa mengerti ALLAH melihat apa yang dikerjakan.


 Er...panjang benor tittle itu tapi tak mengapa asalkan tajuk itu makin sama dengan apa yang saya ingin kongsikan.Mudahan-mudahan ada iktibar dan pengajaran.Moga ALLAH redha.


Masa mula  menulis,dalam kotak minda berfikir,tajuk apa yang sebenarnya aku hendak letak  ini ?lantas menulis bermacam-macam  tulisan,tulis kemudian padam dan berulang-ulang.selepas itu ,tutup laptop dan rehat sambil tonton tv,sambil-sambil itu belek majalah  tiba-tiba teringat pasal niat. Sebab dah tertulis di muka surat tu.Jadi ambil balik laptop kemudian terus taip pasal niat ini.

Dalam karangan Imam Ghazali  r.a  kitab IHYA ULUMIDDIN  ada menyebut mengenai niat ini,pada Juzuk 8  bab pertama.Imam Ghazali menceritakan tentang niat.Kenapa ulamak dahulu mementingkan Niat  ini? Dan yang pasti karya-pengkarya lain jua meletakkan niat sebagai topic pertama.kenapa eh?

أنما الأعمال بالتيات   (SESUNGGUH NYA SEGALA AMAL DIMULAKAN DENGAN NIAT)
Ha.kan dah terkena.Tiap amal dimulai dengan dimulai niat.

Tak kenal maka tak cinta.eh

Bila Allah swt jatuhkan  cinta pada sesorang,seseorang itu terus berusaha dan istiqamah dalam meletakkan cinta diatas landasan yang ALLAH SWT redha.Atas sebab sabar itu istiqamah jadinya cinta itu berada atas kecintaan ALLAH.Begitu juga dengan niat.

Dalam kitab matan arbaie pun sebut pasal niat ini.umpama niat tersangat penting.
Niat ini analogy nya  umpama bahagian tubuh, dalam tubuh ada satu bahagian penting,iaitu HATI” raja dan berserta kerajaan yang dibina untuk dijadi baik atau jahat.

Situasi pertama:- kalau seseorang itu hendak melakukan maksiat kemudian dia teringat perkara-perkara yang buat  dia merasa gerun dan takut  buatkan dia terus membatalkan niat tu?
Situasi kedua: - kita nak lakukan kebaikan tapi hanya hendak lakukan sahaja belum laksana nya dah ALLAH swt beri pahala apatah lagi bila kita lakukan.


Rasulullah saw meriwayat dalam hadis artinya Barang siapa bercita-cita dengan kebaikan dan tidak dikerjakan nya niscaya dituliskan kebaikan baginya.RIWAYAT AL-BUKHARI dan MUSLIM.
Kan benar tuh, kita tak kerja Kan lagi tapi hanya kerna niat sahaja kita peroleh kebaikan.subahanaALLAH alangkah bahagia jika hanya hendak berniat melakukan kebaikan ALLAH beri ganjaran dua kali ganda.


Wow..banyak sangat-sangat.Nak ke tak nak jikalau kita dapat pahala free je??

Bilal bin saad` berkata bahawa hamba itu (Dia) sesungguhnya mengatakan perkataan orang beriman (yang baik-baik) Maka ia tidak ditinggalkan oleh ALLAH swt dan perkataan nya sehingga ia melihat  pada kewaraa`annya.Apabila ia warak nescaya tidak ditinggalkan Nya sehingga ia melihat apa yang dia diniatkannya.Maka apabila baik niatnya nescaya sepantasnya ia memperbaiki akan  kekurangnya.
Bukan kah dalam solat juga kita wajib berniat,dan solat semestinya batal jika tanpa niat.

Jadi tiang amal adalah niat.Maka amal itu menghendaki kepada niat,supaya niat itu ia menjadikan kebaikan.Dan niat itu pada dirinya sendiri( kebaikan ) walau pun amal perbuatan itu terhalang dengan sesuatu halangan.

Andainya saya hendak berikan lagi kisah yang boleh dikongsikan,saya rasa tidak mencukupi menulis di atas pena ini.

Lalu bagaimana? Sudahkah mengupdate niat kita?
“Rasulullah saw bersabda  yang bermaksud sesungguhnya manusia akan dibangkitkan kelak sesuai dengan niat masing-masing” Riwayat  Ibnu Majah.


Tiada ulasan: