Followers

Y
“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” ― Hlovate, Contengan Jalanan

15.9.15

Ini kah keikhlasan ?


Kenapa dengan ikhlas? Sebenarnya keikhlasan ini sangat-sangat Susah kita perolehi.Ulamak salaf mendefinsi ikhlas ini pada berbagai iaitu,
       I.          Melakukan amalan kerana ALLAH
     II.          Tiada bahagian selain ALLAH di dalamnya.
   III.          Mengesakan ALLAH yang Haq dalam berniat melakukan ketaatan .
Al-Fairuz Abadi telah mengatakan “ikhlas kerana ALLAH iaitu meninggalkan sifat riyak dan menunjuk-nunjuk.
Pada definsi bahasa: خلاص خلوص خلاصا    Iaitu jernih,bersih dari pencemaran.
Istilah syarak disebut ibnu qayyim “Mengesakan ALLAH yang Haq dalam berniat melakukan ketaatan bertujuan hanya kepadaNYA tanpa mengsekutu dengan apa-apa pun.
Orang yang ikhlas dia tidak mahu dipeduli oleh orang lain demi meraih hubungan Nya dengan TuhanNya,meskipun hal itu sebenarnya seberat zarah.




Mari saya kisah kan satu keikhlasan buatku terpana sebentar
“Along!!”
Mama jihah memanggilnya dari dapur,Dia berlari keanakkan sehingga lah berada di hadapan mama nya  nafasnya tercungap-cungap.Dia tersengih,Mama jihah memegang satu bekas plastic yang penuh dengan kain-kain kotoran,kebetulan mereka baharu pulang dari musafir.Jihah menongkat dagu dimeja sambil tangannya menyuap kuih yang disiap oleh mamanya.
“mama kenapa ma?nak along tolong ke?”Soal jihah,lirik matanya memandang tv Panasonic dihadapannya.
“jihah,mama nak jihah basuh baju ini selepas itu tolong mama siapkan kerja mama ya”pinta mama jihah sambil badannya dilabuhkan disofa.
“okey mama tapi kejap aje tau”jihah ada janji dengan kawan,kerja mama tu boleh tak buatkan selepas jihah balik” jihah berharap,mimic muka nya berubah,ada terpancar kegembiran di hati nya.
“baik.sebelum itu buatkan mama air fresh oren dahaga tekuk mama ini,penatlah”mama jihah pinta jihah bangun.Tangan nya memegang remote tv dan terus terpancar siaran sinteron Indonesia.
“ala mama,janganlah buka cannel lain,along nak tengok artist lee min ho tu,segak sangat.”
“dah-dah..mama penat nak rehat sekejap pastu baru habiskan kertas kerja mama,kamu kan tahu pasal computer ini.mama tak arif lah.”
Jihah bingkas bangun dengan tubuh malas,dia terus ke dapur bahagian masak,sambil jari nya memain air gula masih sempat dia menaip di handphone nya.
Tuttt…handphone jihah bordering dan senyuman nya mekar.
Dan yang ketiga masih tergelak-gelak kan mereka memasuki jerat dosa yang penuh dengan maksiat.

***
Malam menjelma.Jihah membuka account facebook nya dan terdampar status follower mereka.Artist kesayangnya.Kemudian dia terus kilk profil bigbang follow kegemaran nya.Jihah leka dengan video mereka sehingga tidak sedar mama nya datang mampir disebelahnya.
“Jihah,wat apa tu?”mama nya mengeleng kepala,kerenah anak tunggalnya menjadi-jadi.Setelah selesai menonton video bigbang terus dia membuka profil 2PM selepas itu pulak one dirction.Jihah letih dan terasa mengantuk.Mama terus memberi satu document yang penuh dengan kertas kerja yang harus disiapkan.
Jam didinding menunjukkan 12 am,keadaan itu menyebabkan jihah terus merasa penat dan kekurangan tenaga.Mamanya disebelah nya meminta jihah membuka microsof word kemudian meminta menaip document pertama.

“Jihah dah mengantuk ke?”

Jihah mengangguk,mata sembab dek kerana menonton video tadi jihah tertidur diatas meja makan.
“mama!!jihah boleh siapkan sedikit je,selepas itu jihah simpan dalam document mama.”kata jihah mereda mama yang masih bercekak pinggang.

“along buat kan satu sudah lah,takut yang lain terosak kalau jihah mengantuk sambil menaip”mama memerli jihah.terus terbuka luas,muka nya merah padam.Itulah habuan nya atas sebab terleka dengan video tadi.

“Insyaallah mama” jihah menaip laju kerana takut dimarahi oleh mama.

Lagipun dia tahu sikap mama yang tegas tapi sebenarnya lemah lembut.Mungkin kerana sikap acuh nya mama terus memarahi nya.
Selesai menaip dia terus menyimpan document tu pada pendrive Toshiba dan meletak dihadapan mama nya,Bibir mama jihah  terukir senyuman.
***
Pagi itu sebelum berangkat.
Jihah mengeluarkan handphone nya dari laci beralmari putih.Dia melihat mesej wasap nya.Sahabatnya Erah.Riak muka nya terkejut.Dia terus terduduk dan menangis teresak-esak.Mama jihah terkejut dengan keadaan jihah,dia terus memeluk nya.

“Jihah kenapa ni ?” mama kaget.Jihah mengangkat kepala nya.air mata berderai laju seperti komuter.
“Mama! Dia dah pergi,jauh dari jihah dan dia tak akan kembali lagi” jihah menjawab tersekat.Suara nya serak basah.Jihah tertunduk.

“siapa?
Yang dah pergi?
pergi mana?”

mama nya menyoal jihah tanpa terhenti.Jihah masih berada didalam pelukkan mama.kali pertama dia melihat anak nya sebegini rupa.

“syafiek mama,baru semalam kami berbual dan sekarang dia dah tak ada.”

“Dia sakit mama,kata kawan dia ada barah otak.”sambung jihah.Terkejut mama apabila jihah beritahu berita itu.syafiek itu kebetulan anak kawan nya.Mama terus berlari mendapatkan handphone nya dan dia terlihat di wassap,hantaran mesej berates di groupnya,Semua nya tentang syafiek.Ketika diri nya terleka,mata nya mengalih ke arah file bertimbun.Kertas kerja nya.

Dia terus turun menuruti anak tangga dan mendapatkan jihah diatas sofa,kemudian mulakan pedal minyak dan terus bergerak keluar dari rumah bertingkat dua.
***
Seusai meletakkan beg laptop,Mama jihah meluru ke arah bilik mesyuarat,dan terlihat masih kosong lagi di meja nya.Dia terus mengeluarkan pendrive berserta document nya dan laptop MAC.Pembantu nya memasang skrin putih dan laptop.Dia memilih  folder yang disimpan semalam tetapi dia terdiam.

Beberapa minit mesyurat itu bermula,dia terus memgambil nota yang disiapkan dan terus memulakan perbentangan.
“alhamdulilah bagus puan amirah,good job” mereka terus memberi galakkan dan dorongan kepada nya.Dia terus tersenyum puas namun dia masih  geram atas tindakkan jihah yang lalai dan cuai.Selesai mesyurat,puan amirah terus pulang ke rumah.

Sesampai dihadapan rumah nya bertingkat dua.Dia melihat motorcar milik anak nya masih disitu.”Jihah dah balik ke”bisik puan amirah,tangan nya penuh dengan projek baru.Kaki nya melangkah masuk pintu berhias bunga dan menutup semula.Keadaan rumah besar masih kosong,Pembantu nya mak limah masih bercuti kerana sakit.kebetulan suami nya pergi oversea atas urusan kerja.Yang hanya tinggal dirumah agam itu Dia dan jihah.

“jihah!along !”

Jihah menurun anak tangga dengan secepat mungkin.Dek takut dengan kritikan mama nya yang tegas tapi lembut hati.Mama memandang pelik perangai puteri tunggal nya.
“kenapa mama,pandang along macam tu?” jihah menjadi pelik sikap mama petang itu.
“jihah lainkali buat betul-betul,nasib baik mama ada softcopy kalau tak habis projek mama pertama ini tau” jihah mengangguk.
“Itulah bila buat kerja tapi meletak proriti kerja dibawah sekali”
Glup…jihah menarik nafas lagi.Dia terus menepuk dahi dan meminta maaf pada puan mama.

**********************

Kenapa dengan ikhlas ? kerana ikhlas lah kekadang manusia mampu berubah,Berubah menjadi baik.Manusia itu walaupun dirinya dahulu nakal atau jahat.Masih ada peluang untuk dirinya berubah,kerana yang mengubah itu bukan orang lain tetapi dirinya sendiri.
Bak kata umie saya “kalau nak buat kerja kerana manusia itu  kita rasa susah,terdesak tapi bila kita buat kerana ALLAH rasa lebih tenang dan mudah.
Sungguh kuasa keikhlasan ini bila kita rasai baru ada feel ikhlas tu macamana.

Tiada ulasan: