Followers

Y
“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going” ― Hlovate, Contengan Jalanan

12.9.15

Aku cinta kamu


Cinta itu indah,cantik bahagia.
Hanya yang mengambilnya sahaja mengetahui cinta itu bagaimana.
Bersama pengetahuan yang jelas.
Jika tidak cinta itu menjadi busuk dan penuh dengan kotoran
Andainya cinta itu tidak difahami dengan jelas.


Bila menulis pasal cinta ini, hati dah ada bunga-bunga dah.Makin berkembang dan terus berkembang, nada tersenyum sampai Nampak lesung pipit dipipi kanan.Aceh.
                    Pernah jatuh cinta tak?
Relik.be cool.tak usahlah terkejut tahap teruk sangat.Nama pun cinta manusia,mesti ada perasan itu.jangan nafikan ya.
Jadi...? *muka pelik*
Saya rasa dah terlalu kefahaman yang kamu dapat kan,blogger kemudian dimuka buku,pastu di google dan berlambakkan novel cintan cintun,buku motivasi penuh dengan bunga-bunga cinta.Jadi saya cukup terasa bila human yang rasa nak dicintai itu cuba hadirkan anugerah yang ALLAH beri itu pada jalan-jalan ALLAH tak redhai senang cerita ALLAH langsung tak suka.Glurp…
Tarik nafas panjang dan hembus perlahan dan continue balik.
Ala-ala sekarang,mudah je nak luah cinta tu,dekat facebook pun boleh.wasaap lagi boleh.Siap boleh telefon bagai.Kalau yang islamik sikit la,
1-     Enta jadi imam  ana boleh(perempuan) tapi kalau (lelaki)  enti pula  jadi makmum ana boleh,hak hak hak.syaitan terus bersorak riang sebab dah berjaya kalahkan anak adam .Solat Jemaah pun tak terurus terabai ja,solat subuh tidur sehingga tak sedar matahari dah naik.
2-     Dimana tulang rusuk ana.Ana rasa dah bergetar tulang ana.Oh tuhan aku mencari lelaki yang soleh menjamin aku masuki syurga mu.

Dan banyak lagi contoh-contoh lain,kalau ikutkan contoh sebegini terlalu berlambak sehingga rasa hendak muntah bila baca status macam nie.
Rasa nak je abiskan ayat terakhir.
Supaya buang sifat cinta pada manusia.
Erk... cinta tidak boleh pisah dengan manusia tahu!!
dan Maaf lah Emosi semasa menulis  kali ini teramat kena dengan diri sendiri.satu anugerah ALLAH beri dan kurang penjagaan terhadap  anugerah itu buatkan saya  tanpa sedar saya dah abaikan dia.
Yea.Bila dah ada anugerah itu,kita terlalu sibuk mencari cinta lain sehingga mengabaikan dan lebih parah lagi bila rasa cinta tu dah hilang.
Erk…kejap, tak faham lah,boleh terang balik tak?
     “kita bayangkan kalau kita ini punya benda yang kita sayang akan tetapi kita mencari lagi bagi menambah kencana yang ada sehingga benda yang kita simpan itu hilang dari pandangan kita.”
Seperti cinta yang kita peroleh,kita abaikan dia dan cari yang lain akhirnya cinta itu dah tak ada dihadapan kita barulah kita tercari-cari.Seperti anak rindu kan si ibu.
Kemudian kita Cuba mencari balik anugerah itu, kita mengelilingi dunia mencari makna disebalik itu tapi dengan perasan hampa dan terasa bersalah sebab kita tidak jumpa apa yang kita nak.


Tidak ada jalan lain lagi Mungkin ayat itu sememang nya  sesuai dengan kita.
Kita rasa nak give up tetapi suatu hari ALLAH berikan penyayang nya DIA dan merasa memahami keadaan hamba nya lalu diberikan jalan keluar, ALLAH kirimkan seorang murrabi dan mursyid atau seorang sahabat  lantas dengan itu kita kembali kenali dia.
Dialah ALLAH SWT.

Tiada ulasan: