Er...panjang benor tittle itu tapi tak mengapa asalkan tajuk itu makin sama dengan apa yang saya ingin kongsikan.Mudahan-mudahan ada iktibar dan pengajaran.Moga ALLAH redha.
Masa mula menulis,dalam kotak minda berfikir,tajuk apa
yang sebenarnya aku hendak letak ini ?lantas
menulis bermacam-macam tulisan,tulis
kemudian padam dan berulang-ulang.selepas itu ,tutup laptop dan rehat sambil
tonton tv,sambil-sambil itu belek majalah
tiba-tiba teringat pasal niat. Sebab dah tertulis di muka surat tu.Jadi
ambil balik laptop kemudian terus taip pasal niat ini.
Dalam
karangan Imam Ghazali r.a kitab IHYA ULUMIDDIN ada menyebut mengenai niat ini,pada Juzuk
8 bab pertama.Imam Ghazali menceritakan
tentang niat.Kenapa ulamak dahulu mementingkan Niat ini? Dan yang pasti karya-pengkarya lain jua
meletakkan niat sebagai topic pertama.kenapa eh?
أنما الأعمال
بالتيات (SESUNGGUH NYA SEGALA AMAL DIMULAKAN DENGAN NIAT)
Ha.kan dah terkena.Tiap amal dimulai dengan dimulai niat.
Tak
kenal maka tak cinta.eh
Bila
Allah swt jatuhkan cinta pada
sesorang,seseorang itu terus berusaha dan istiqamah dalam meletakkan cinta
diatas landasan yang ALLAH SWT redha.Atas sebab sabar itu istiqamah jadinya
cinta itu berada atas kecintaan ALLAH.Begitu juga dengan niat.
Dalam
kitab matan arbaie pun sebut pasal niat ini.umpama niat tersangat penting.
Niat
ini analogy nya umpama bahagian tubuh,
dalam tubuh ada satu bahagian penting,iaitu HATI” raja dan berserta kerajaan
yang dibina untuk dijadi baik atau jahat.
Situasi
kedua: - kita nak lakukan kebaikan tapi hanya hendak lakukan sahaja belum
laksana nya dah ALLAH swt beri pahala apatah lagi bila kita lakukan.
Rasulullah
saw meriwayat dalam hadis artinya Barang siapa bercita-cita dengan kebaikan dan
tidak dikerjakan nya niscaya dituliskan kebaikan baginya.RIWAYAT AL-BUKHARI dan
MUSLIM.
Kan
benar tuh, kita tak kerja Kan lagi tapi hanya kerna niat sahaja kita peroleh
kebaikan.subahanaALLAH alangkah bahagia jika hanya hendak berniat melakukan
kebaikan ALLAH beri ganjaran dua kali ganda.
Wow..banyak sangat-sangat.Nak ke tak nak jikalau kita dapat pahala free je??
Bilal
bin saad` berkata bahawa hamba itu (Dia) sesungguhnya mengatakan perkataan
orang beriman (yang baik-baik) Maka ia tidak ditinggalkan oleh ALLAH swt dan
perkataan nya sehingga ia melihat pada
kewaraa`annya.Apabila ia warak nescaya tidak ditinggalkan Nya sehingga ia
melihat apa yang dia diniatkannya.Maka apabila baik niatnya nescaya sepantasnya
ia memperbaiki akan kekurangnya.
Bukan
kah dalam solat juga kita wajib berniat,dan solat semestinya batal jika tanpa
niat.
Jadi
tiang amal adalah niat.Maka amal itu menghendaki kepada niat,supaya niat itu ia
menjadikan kebaikan.Dan niat itu pada dirinya sendiri( kebaikan ) walau pun
amal perbuatan itu terhalang dengan sesuatu halangan.
Andainya
saya hendak berikan lagi kisah yang boleh dikongsikan,saya rasa tidak mencukupi
menulis di atas pena ini.
Lalu
bagaimana? Sudahkah mengupdate niat kita?
“Rasulullah
saw bersabda yang bermaksud sesungguhnya
manusia akan dibangkitkan kelak sesuai dengan niat masing-masing” Riwayat Ibnu Majah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan